Jom belajar komputer dan internet di Jomsurf
September 27, 2011 Tinggalkan Komen
Jom kita ke sana…Jomsurf Facebook

Perkara yang berlaku pada saya dan di sekitar kita…
September 27, 2011 Tinggalkan Komen
Jom kita ke sana…Jomsurf Facebook

Januari 11, 2012 Tinggalkan Komen
My friend told me,if you play around with Linux OS, you will addicted.I’m not sure about that.Right now,I’m looking for any laptop which I can install Linux and play around with it.
So far, i’m install in VMWare. Looks interesting. But I don’t like play in VMWare because my computer hang a little bit and response time is not smooth. Sometimes, when I left the computer for hours, my computer become hang unless I’m shut off the VMWare and Linux inside. So everytime I left computer, I have to make sure VMWare is shut down first. This will make sure computer not hang when awake from sleep. Wah, macam manusia lak. Hahaha.
Januari 10, 2012 Tinggalkan Komen
Mahkamah membebaskan DS Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantu peribadi Saiful Bukhari Azlan. Ini kerana hakim hanya bergantung kepada keterangan Saiful sahaja dan tiada jaminan bahawa bukti DNA yang diberikan tidak diusik.
Kini ia kekal misteri samada ia liwat benar-benar berlaku atau Saiful tu hanya buat-buat cerita. Tapi proses perbicaraan seolah-olah cuba memihak kepada Saiful walaupun cerita Saiful berbelit-belit. Anwar pula terkenal dengan kelicikan dia menangkis semua tuduhan terhadapnya. Saiful nampaknya tidak cukup genius untuk membuat plot ceritanya dalam mengheret DSAI ke penjara.
Dari awal lagi Saiful sudah gagal buat cerita. Antaranya ialah lepas kena liwat, dia tidak terus buat laporan polis dan check doktor. Sebaliknya dia menunggu dua hari untuk berbuat demikian. Lepas tu, dia pergi jumpa DS Najib dan pegawai khas Najib-sepatutnya jumpa mak ayah cari lawyer. Dalam laporan dia cakap dia diliwat secara paksa dan pertama kali tapi bila jawab kat mahkamah cakap diliwat secara rela dan bukan pertama kali. Dia cakap dia sangat minat pada DSAI tapi kawan kolej dia cakap Saiful benci Anwar. Doktor yang pertama merawat Saiful kata takde penetration. Macam manala nak menang kalau semata-mata bergantung keterangan Saiful?
Nampaknya plot ceritanya telah gagal. Cuma aku kagum dari mana idea kes liwat DSAI ni datang? Bila ingat semula kes liwat DSAI yang pertama dulu, tentu orang lain tak pernah terfikir untuk mengheret seorang pemimpin dalam kes liwat. Kalau kes rasuah atau skandal seks tu mungkin pernah/biasa kedengaran bagi tuduhan kepada seorang pemimpin.
Apapun, tanpa bukti kukuh sia-sialah segala tuduhan tu. Ia tinggal sekadar fitnah. Rekalah cerita sehebat mana pun, jika orang tu tidak pernah buat, takde maknanya. Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Boleh membuat dunia huru-hara dan kacau bilau.
Januari 9, 2012 Tinggalkan Komen
Dr Hassan Ali dipecat kerana menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS. Cuba fikir, parti atau kepentingan Islam lebih penting?
Duduk dalam parti ni ibarat main dalam pasukan bolasepak. Setiap pemain mempunyai posisi masing-masing dan mengikut strategi yang dirancang. Matlamatnya nak menang. Kalau seorang pemain tu tidak suka main ikut strategi pengurus dan gelecek sorang-sorang,sudah tentu pengurus tidak berminat menurunkannya. Apatah lagi pemain lantang mengkritik pengurus pasukan seperti yang banyak berlaku di dalam EPL.
Sama situasi dengan Dr Hassan Ali. Hassan Ali memperjuangkan Islam, PAS juga sama. Jika tak nak ikut/atau tak suka dengan strategi oleh jemaah PAS, sukar untuk PAS menggerakkan Hassan Ali pada posisi yang dia ada. Apatah lagi Hassan Ali lantang mengkritik PAS dan suka buat keputusan sendiri, buat sidang media dengan media kawalan kerajaan dan membelakangkan jemaah. Lagipun, segala strategi PAS untuk menang pilihanraya dibuat secara berjemaah, jadi sukar untuk mengatakan PAS silap. Bak kata pepatah muafakat membawa berkat.
Maksud tersirat ‘menyalahi dan merugikan kepentingan parti’ bukan sahaja parti PAS sahaja yang rugi, malah penjuangan dan dakwah Islam menerusi politik juga akan rugi. Jadi, eloklah Dr Hassan Ali buat NGO sendiri seperti Ibrahim Ali jika tidak mampu lagi mengikut PAS dan ada idea perjuangan sendiri. Kalau tiada semangat jemaah dan asyik nak membangkang je, janganlah join apa-apa macam aku ni.
Januari 4, 2012 Tinggalkan Komen
Semalam, kawan aku Amir offer aku kerja kat HP. Dia kata ada position Linux developer. Jadi, aku jumpa dia malam semalam. Bawak pendrive untuk salin semua nota berkaitan. Dia yakin aku boleh buat Linux sebab aku ni programmer. Aku setuju memandangkan offer yang baik dan masyukk.
Balik tu, aku tengok nota2 Linux dan VMWare. Malangnya aku rasa aku tak boleh buat kerja tu dan hafal kebanyakan tips2 Linux dalam masa seminggu. Dalam hati aku cakap, ‘Ini bukan seminggu ni, setahun pun belum tentu aku mahir. Walaupun ia menjanjikan gaji yang mahal, tapi kalau hati tak tenang, serabut dengan benda2 teknikal ni buat apa ye tak. Aku rasa otak aku dah berkarat nak belajar2 ni, seriously.
Kerja modified Linux ni memang menarik sebab aku memang suka alter2 sistem ni. Tapi nak study dalam masa seminggu, susah beb sebab aku tak pernah buat linux selain menjahanamkan komputer. Aku tak sanggup susahkan orang dalam team aku nanti disebabkan kemahiran aku tak seperti yang diharapkan. Aku kena cakap aku tolak offer tu.
Malam semalam juga aku dapat tahu seorang kawan kitorang sambung PHD. Wah, this is real from zero to hero. Dulu masa kitorang belajar sama, takdelah excellence sangat. Masa sambung degree tiba2 power. Tak tau dari mana dia dapat motivasi tu. Adakah disebabkan keluarganya yang susah? Aku nak sambung belajar pun fikir 2 3 kali memandangkan otak aku dah berkarat, lama tak buat programming yang berat2, lama tak study. Mana tau otak aku dah mula berkarat?Sebab exam LOMA aku tak lepas.
Amir ada suruh aku buat reunion. Cuma aku malu, sebab aku tak sukses dalam kerjaya padahal masa belajar aku lebih baik daripada kawan2 lain. Itula, orang kata kerja ni lain, belajar ni lain. Tak semestinya belajar cemerlang, kerja juga cemerlang. Rezeki masing-masing. Itulah aku boleh cakap.
Update: Bukan Linux Developer tapi Linux Admin.Hehe
Januari 4, 2012 Tinggalkan Komen
Walaupun blog aku tak ramai peminat, tapi aku cerita jugak la pasal blog jomsurf ni. Setelah kemusnahan dua bulan post aku tempoh hari, aku bertekad bertukar hosting memandangkan aku tak mahu menanggung risiko akan datang. Sementara proses hosting bertukar berlaku, aku tidak buat apa2 update supaya takde la penat aku backup je(untuk elak apa2 berlaku masa transfer hosting).
Apa yang aku sedang buat ialah menukar rekabentuk blog baru yang fresh dan mesra pengguna. Logo juga baru. Selain itu, aku juga akan menukar bahasa pengantar daripada bahasa Melayu kepada English. Ada berani ke aku? Cubalah.
Lepas aku siap design, aku akan taip content mengikut jadual yang aku dah setkan masa hujung tahun 2011. Patutnya aku kena siapkan 3 content/post untuk kategori yang berbeza. Tak tau mampu ke tak. Hopefully this blog successfully generate income in the end of this year.