Semalam aku pergi ke lowyat sorang dengan menaiki motosikal. Sebab nak repair laptop adik aku, tak boleh boot windows. Jenuh dah membaiki sendiri, tapi tak boleh. Aku cadang nak beli hardisk dan RAM baru tapi fikir2 balik macam membazir je. Baik terus hantar repair. Pegi kat satu kedai repair ni, dia cakap kena install windows balik a.k.a format balik. Padahal aku dah try format laptop tu, tak boleh. Aku cakap kalau boleh install,install le. Tengok2 boleh install. Terpaksala bayar. Continue reading
Sebelum aku pegi kedai untuk membaiki laptop, aku pusingla dua floor lowyat yang banyak komputer tu. Komputer sekarang memang murah. Walaupun harga makin lama makin barang naik, tapi barang komputer makin turun. Dulu, waktu aku masuk UTMKL, bayangkan sebuah laptop harganya RM5000++. Sekarang, kurang dari RM2000 boleh dapat. Antara sebab barang komputer menurun ialah kerana teknologinya berkembang sangat pesat walaupun teknologi yang ada masih boleh dipakai. Jadi, mereka ni jual dengan harga murah supaya boleh habis cepat dan bawa masuk barang teknologi baru.

Aku ingat lagi masa mula-mula pergi lowyat beli komputer aku bersama kawanku Nuar, lengang tak ramai orang berbanding Sg. Wang. Dalam hati “Sape la nak pergi ke sini, dah la belakang Sg.Wang tersorok lg. Nama pun tak glamer.”. Yang menariknya masa tu, kat lowyat CDnya murah berbanding Sg.Wang. Banyak pilihan pun. Tapi sekarang, tak jual CD pun berkembang gak. Dulu dengan sekarang dah banyak berubah termasuklah kita sendiri. Teknologi berubah semakin canggih dan lebih baik dari dulu. Bagaimana dengan kita?Adakah lebih baik dari dulu?
Amir berkata,
Oktober 23, 2008 pada 5:24 am
la bole install ruper nyerrrr, mcm mana plak bole jadi macam gitu, ko dah try install OS ker?
jafni berkata,
Oktober 23, 2008 pada 5:43 am
aku dah try dh,masuk cd OS tp tak detect pun cd tu.ntahla.pelikla jugak.
Amir berkata,
Oktober 24, 2008 pada 8:15 am
aku tau ko tak baca bismillah tue la ko… upitanek dgn org lowyat tue
Udin berkata,
Oktober 26, 2008 pada 4:28 pm
Relax la brader..Nnt gua byar la..hehe.I’ve invaded ur blog.