Jalan-jalan cari makan: Restoran Malee Dengkil(Update)
Januari 21, 2009 6 Komen

Epol dan aku
Semalam, aku dengan housemates (Bigbro, Fidos dan Epol) pergi open table kat restoran Malee, dekat Dengkil nun. Pada petang itu, sebaik sahaja tiba di rumah sewa aku mendapat mesej.’Jep,balik cepat.Kita makan di luar.’. “Nak makan kat mana kita?”, tanya Fidos padaku. Sepontan aku menjawab, “Pegi makan kat Dengkil la. Tomyam poktex.”. Aku pernah ke sana sekali makan dengan Bigbro dan Suhaimi. Bigbro yang mengajak masa tu.

Fidos dan bigbro
Kami sepakat untuk ke sana. Kami terus bergerak ke sana dengan menaiki Gen2 CPS. Keselesaan pemanduan Lotus kereta Gen2 CPS bagaikan kereta mewah. Walaupun laju, sedikit pun tidak terasa melayang. Perjalanan kami memakan masa setengah jam. Kami melalui jalan yang menghala ke Putrajaya dan Cyberjaya.
Tiba di sana, tertera papan tanda kedai tersebut ‘Malee’. Suasana restoran seperti berada di kampung. Hiasan kelilingnya banyak diperbuat daripada kayu dan pokok-pokok renek. Di beberapa sudut restoran tersebut terdapat pondok-pondok untuk diduduki pelanggan yang gemarkan makan bersila. Kami memilih untuk makan berkerusi. Apa yang kami mahu ialah makan menu istimewa di restoran tersebut.
Antara menu yang kami order ialah tomyam poptex,sotong masak masam manis,daging auto sos dan ikan siakap. Kesemuanya menu istimewa. Air pula semua jus buah-buahan seperti carrot susu,oren,tembikai dan nenas. Aku pun menghirup kuah tomyam. “Srupp.Sedapnya”,ujarku. Kelazatan makanan yang dihidangkan menyebabkan kami hilang kawalan sehingga licin pinggan dibuatnya walaupun pada asalnya terasa banyak sangat makanan. “Memangla sedap sebab free. Hehehe”, bisik hatiku.
Selepas selesai makan, kami pun beredar dari restoran tersebut. “Selepas ni boleh aku ajak famili aku makan kat sini”,ujar Fidos. Kedinginan malam menggigit tubuh kami. Kami cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Aku duduk di tempat duduk belakang sambil mengenakan tali pinggang keledar di belakang. “Gilak lak. Berdisplin sungguh”,perasan aku. Hehehe. Gen2 CPS meluncur laju. Perjalanan pulang kami terasa lambat disebabkan tidak ingin meninggalkan restoran tersebut. Kan bagus restoran tu kami yang punya. Boleh makan setiap hari.
Peta lokasi<–Klik di sini untuk ke wikimapia(peta)
woh.. katne restoran ni? bg location kat wikimap sket..
Assalamualaikum bro..
someone link aku kat sini..nama aku shukor anyway.
kat mana ek restoran malee ni? aku nak g berbuka pose kat sini
aku dari bandar baru bangi
leh x sertakan no tel..sbb nnt sng nak wat booking..:)
Ok..kalau saya dapat no phone,saya update kat sini.
I like what you guys tend to be up too. This kind of clever work and
reporting! Keep up the awesome works guys I’ve included you guys to blogroll.
Hello there! I simply would like to give you a huge thumbs up for the great
information you have here on this post. I will be returning to your site for more soon.