
Is my pilihan muktamad?
Ini SALAH SATU daripada pencemaran bahasa pada iklan. Saya fikir banyak lagi papan iklan sebegini di merata-rata tempat di negara kita. Ini menggambarkan pemikiran rakyat negara ini yang keliru dengan identiti mereka. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? Nama-nama tempat seperti Valencia,Paragon Height,Country Height,Country Homes,Cameron Highland dan macam-macam lagi bukannya terletak di US mahupun UK tapi sebenarnya terletak di negara Malaysia yang nyata terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu Melayu,Cina dan India. Bangsa Inggeris tidak pun menjadi kaum majoriti. Bahasa jiwa bangsa. Jiwa kacau melihat keadaan ini…