Ujian PTD

Hari Sabtu hari tu aku pasti ramai individu yang terlibat dengan ujian PTD ni. Aku pun terjebak juga. Nak jadi cerita, demi tidak mengulangi kegagalan ujian pada Februari yang lepas, aku pun siap sedia membuat latihan terutamanya ujian Daya Menyelesaikan Masalah dan Esei BI. Pada Februari lalu, banyak soalan yang aku tak sempat nak jawab dalam Seksyen A,B dan E. Seksyen A ialah Pengetahuan Am, B- Daya Menyelesaikan Masalah, E- Esei BI. Yang lain C- Pemahaman terhadap Esei BM BI dan D-Esei BM. Maklumlah, masa tu first time jawab.Mana nak tau. Aku diberi peluang sekali lagi. Aku kena pergi sekolah  SMK Saujana Impian, Kajang kali ni. Pendek cerita, akhirnya aku gagal lagi menghabiskan soalan seksyen bagi A dan B. Seksyen B aku paling tensen punya soalan, memang putar alam nya. Soalannya Matematik PMR, malah lebih kejam lagi. Walaupun tidak melibatkan formula, tapi kita banyak habis masa satu soalan. Aku cari soalan yang mudah, adalah tak sampai 4 soalan yang aku jumpa. Aduh!Gagal lagi. Maknanya aku tidak cukup tangkas menjawab soalan² tu. Tercabar ego aku bila aku tengok mamat sebelah aku tu semua tanda lorek pada borang OMR dia masa hantar. Huhuhu..takpela. Aku tak berminat dah. Aku dah insaf. Aku nak cari kerja dalam ruang lingkup bidang aku sekarang.

5 komen

  1. -aina- berkata,

    Ogos 10, 2009 pada 1:20 am

    aku pon kene jugak sabtu hari tue tp tak pegi.
    tak pegi sbb tak prepare langsung. bazir masa. pegi tp tak dapat jawab jugak. tatau plak PTD panggil 2 kali setaun. kalo tau awal² aku prepare. hahaha

    bulan 2 punyer aku pegi. biasa la 1st timer. tatau nk expect ape. dr jawab soalan dah tau, confirm fail.

  2. Aidilangelo berkata,

    Ogos 11, 2009 pada 2:10 am

    Mamat sebelah tu hg xperasan ke die bawak dadu? Ekekeke!

    Life’s like a box of chocolate, you never knew what you’ll get. So live on and be happy!

  3. aku berkata,

    Ogos 11, 2009 pada 5:50 am

    kad pengenalan..dolly..RAM..keyboard..festival filem malaysia..sukma 2010..

  4. jafni berkata,

    Ogos 12, 2009 pada 1:49 am

    haha..mgkn jugak. Mana tau dia ubah suai pemadam jadi dadu ye dak.

  5. jafni berkata,

    Ogos 12, 2009 pada 1:50 am

    ko pon pegi?muahaha..


Kirim Komen