Sejak aku bekerja dan ada internet kat rumah, macam-macam ilmu dan informasi yang aku dapat.Biasanya aku selalu google map bila dapat undangan kahwin, interbiu, atau apa-apa je yang melibatkan lokasi. Peta kenduri kahwin yang nampak confius di mata,aku akan google map. Tempat interbiu yang tempat entah mana halanya aku google map. Lokasi tempat makan yang sedap² aku guna google map. Pendek kata google map. Adik beradiknya ialah wikimapia.org..satu laman web google map yang telah dicustomize dan boleh disunting oleh sesiapa saja. Itu bagi sesiapa yang ada internet la.
Walaupun gitu, peta yang ada google map tu bukanlah yang up to date. Sebab tu aku sesat masa nak gi dan balik ujian PTD hari tu.muahaha.Masa mak dan ayah nak jumpa bakal besan(masa tu belum kawin lagi), aku tolong bawakan ke lokasi(rumah kakak ipar aku skrg ni) yang tak pernah aku pergi pun. Pastu, mak aku heran macam ne aku boleh tau jalan? “Kamu selalu pegi rumah tu ke jep?”,tanya mak aku. Ah,sudah? “Mana ada mak. Jep tengok internet”, aku terangkan dengan panjang lebar. Maklumlah, masa tu belum kawin, banyak pantang larangnya. Ada yang lebih canggih?Ya, aku tau..GPS. Tapi aku tak suka sebab ia menyebabkan aku kurang fokus semasa memandu dan aku tak ingat jalan. Sesat-sesat baru adventure. Apapun, sebelum ada pergi ke mana-mana, rancang perjalanan anda dan always google maps/wikimapia.
-aina- berkata,
Ogos 18, 2009 pada 3:22 am
betol²..sangat membantu~ aku siap print direction dr rumah ke destinasi
hahaha~
WiNz berkata,
Ogos 20, 2009 pada 12:34 am
heheh.. same la kite jep.. wikimapia @ google earth @ google map.