Mana hospital swasta bersalin paling murah

Pada pendapat aku la, hospital An-Nur kat Bandar Baru Bangi ni la paling murah nak bersalin kalau kategori swasta. Kalau tak silap dalam RM1200 ke RM1500++ la. Itu pun kalau pilih bilik 4 orang, bersalin normal dan tak duduk lama dalam hospital. Macam isteri saya bersalin dulu,dalam RM1200 kot. Tapi tak lama la dalam hospital tu, kurang 24 jam. Kebetulan masa tu bilik 4 orang tu tak penuh orang, hanya berdua je,jadi tak terasa macam duduk bilik 4 orang.

Bagi sesetengah orang, hospital An-Nur ni sempit. Tapi bagi orang yang berkemampuan sederhana macam aku ni, bolehla -berpadanan dengan harganya. Kalau nak hospital macam hotel, pergi Price Court la dowh. Memang superb layanan, first class. Tapi kalau nak Islamik,murah dan mampu dibayar orang yang berpendapatan sederhana, bolehlah pergi An-Nur.

Kalau bulan-bulan check bayi dalam perut, aku pergi kat pakarnya. Mahal sikitla.Tapi orang sikit punya ramai.Kena pergi awal. Kalau tak, jadi macam aku, mesti ambil cuti sehari. Pergi pukul 11 pagi, balik pukul 4 petang. Sebab kadang-kadang doktor yang checknya ada kecemasan orang nak bersalin,jadi ada masa menunggu doktor menyelesaikan kerja menyambut bayi.

Kenapa pergi An-Nur?Sebab doktornya perempuan. Jadi, tak la segan sangat nak bersalin. Tak tahu la ada doktor lelaki ke tak. Setahu aku, kalau kita pergi yang pakar, ada dua doktor perempuan yang jadi bidan kita. Tak ada pilihan doktor lelaki. Kedua sebab Islamik. Kalau Islamik ni ada dua hospital, Pusrawi dengan An-Nur. Dulu, mula-mula check kat Pusrawi, tapi sebab mahal dan jalan jem, tak jadi. Lagipun, An-Nur ni ada juga kelas untuk orang nak bersalin-9 bulan. Nanti dalam kelas tu dia ajar macam-macam pasal nak bersalin dan selepas kelahiran.

Ketiga sebab murah. Sebenarnya ni sebab utamanya. Kalau nak lebih murah pergi kerajaan. Tapi janganla harap layanan sama macam swasta. Keempat, dekat sikit dengan rumah aku. Jalan pun tak berapa nak jem. Cuma parking susah nak dapat sebab orang makin suka datang ke An-Nur dan kawasan pejabat.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

14 Responses to Mana hospital swasta bersalin paling murah

  1. nor berkata:

    kalao check bulanan utk pregnant, ambik pakar biasanya brp?

  2. jafni berkata:

    dalam RM50-70.Hari tu saya ada pamplet..ntah hilang ke mana.

  3. wahida walid berkata:

    an nur yg tebaik… best… akak baru je bersalin disini… doktor nye mesra rakyat you..

  4. jafni berkata:

    betul..sebab tu orang makin ramai datang klinik tu

  5. lyn berkata:

    tringin jg lyn nk bslin kt an nur…bingung la cri klinik yg best

  6. Qori berkata:

    Kalo untuk warga Indonesia nak beranak kat klinik An-nur boleh x…

  7. jafni berkata:

    Boleh..asalkan ada permit.

  8. ridzuan berkata:

    agak2 klau bersalin pembedahan brapa kosnye..

  9. jafni berkata:

    dalam RM7000++.bedah saja tak termasuk bius,bilik dan kos2 tambahan lain.

  10. lin berkata:

    klu saya dulu pernah bersalin pembedahan di hospital kerajaan di JB,tp nk bersalin di an-nur boleh ke?atau kene pegi jugak hospital kerajaan?sebab byk kwn rekomen gak An-Nur adalah yang terbaik..

  11. jafni berkata:

    boleh je..tapi kena sediakan duitnya saje.Kena ambik kira juga risiko pembedahan tu..kos dalam RM8000+-.

  12. lia berkata:

    nk kne dftr dlu ke klu nk bslin kt an-nur ni?

  13. jafni berkata:

    tak pasti.

  14. lai berkata:

    kalu normal oklah kosnya.. mcm sy nk normal alih2 emergency operation masak jugalah kena bayar dlm 7500. hihi.. salah sy jugak baby sy besar.. 5.35kg.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: