Dr Hassan Ali dipecat-parti atau kepentingan Islam lebih penting?
Januari 9, 2012 Tinggalkan Komen
Dr Hassan Ali dipecat kerana menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS. Cuba fikir, parti atau kepentingan Islam lebih penting?
Duduk dalam parti ni ibarat main dalam pasukan bolasepak. Setiap pemain mempunyai posisi masing-masing dan mengikut strategi yang dirancang. Matlamatnya nak menang. Kalau seorang pemain tu tidak suka main ikut strategi pengurus dan gelecek sorang-sorang,sudah tentu pengurus tidak berminat menurunkannya. Apatah lagi pemain lantang mengkritik pengurus pasukan seperti yang banyak berlaku di dalam EPL.
Sama situasi dengan Dr Hassan Ali. Hassan Ali memperjuangkan Islam, PAS juga sama. Jika tak nak ikut/atau tak suka dengan strategi oleh jemaah PAS, sukar untuk PAS menggerakkan Hassan Ali pada posisi yang dia ada. Apatah lagi Hassan Ali lantang mengkritik PAS dan suka buat keputusan sendiri, buat sidang media dengan media kawalan kerajaan dan membelakangkan jemaah. Lagipun, segala strategi PAS untuk menang pilihanraya dibuat secara berjemaah, jadi sukar untuk mengatakan PAS silap. Bak kata pepatah muafakat membawa berkat.
Maksud tersirat ‘menyalahi dan merugikan kepentingan parti’ bukan sahaja parti PAS sahaja yang rugi, malah penjuangan dan dakwah Islam menerusi politik juga akan rugi. Jadi, eloklah Dr Hassan Ali buat NGO sendiri seperti Ibrahim Ali jika tidak mampu lagi mengikut PAS dan ada idea perjuangan sendiri. Kalau tiada semangat jemaah dan asyik nak membangkang je, janganlah join apa-apa macam aku ni.