Anwar bebas tuduhan liwat

Mahkamah membebaskan DS Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantu peribadi Saiful Bukhari Azlan. Ini kerana hakim hanya bergantung kepada keterangan Saiful sahaja dan tiada jaminan bahawa bukti DNA yang diberikan tidak diusik.

Kini ia kekal misteri samada ia liwat benar-benar berlaku atau Saiful tu hanya buat-buat cerita. Tapi proses perbicaraan seolah-olah cuba memihak kepada Saiful walaupun cerita Saiful berbelit-belit. Anwar pula terkenal dengan kelicikan dia menangkis semua tuduhan terhadapnya. Saiful nampaknya tidak cukup genius untuk membuat plot ceritanya dalam mengheret DSAI ke penjara.

Dari awal lagi Saiful sudah gagal buat cerita. Antaranya ialah lepas kena liwat, dia tidak terus buat laporan polis dan check doktor. Sebaliknya dia menunggu dua hari untuk berbuat demikian. Lepas tu, dia pergi jumpa DS Najib dan pegawai khas Najib-sepatutnya jumpa mak ayah cari lawyer. Dalam laporan dia cakap dia diliwat secara paksa dan pertama kali tapi bila jawab kat mahkamah cakap diliwat secara rela dan bukan pertama kali. Dia cakap dia sangat minat pada DSAI tapi kawan kolej dia cakap Saiful benci Anwar. Doktor yang pertama merawat Saiful kata takde penetration. Macam manala nak menang kalau semata-mata bergantung keterangan Saiful?

Nampaknya plot ceritanya telah gagal. Cuma aku kagum dari mana idea kes liwat DSAI ni datang? Bila ingat semula kes liwat DSAI yang pertama dulu, tentu orang lain tak pernah terfikir untuk mengheret seorang pemimpin dalam kes liwat. Kalau kes rasuah atau skandal seks tu mungkinĀ pernah/biasa kedengaran bagi tuduhan kepada seorang pemimpin.

Apapun, tanpa bukti kukuh sia-sialah segala tuduhan tu. Ia tinggal sekadar fitnah. Rekalah cerita sehebat mana pun, jika orang tu tidak pernah buat, takde maknanya. Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Boleh membuatĀ dunia huru-hara dan kacau bilau.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.