Bagaimana cara nak fasih berbahasa Inggeris

Kalau korang suka menonton rancangan seperti Nona atau Safiyyah atau apa-apa rancangan yang lain yang lebih kurang sama, korang perasan tak bila wartawan tu temuramah dengan seseorang terutama di kalangan ahli perniagaan atau usahawan (biasanyala), mereka jawab dalam bahasa rojak yakni cakap Melayu sikit,lepas tu English,lepas tu Melayu balik. Adeh..pening-pening.

Kadang-kadang, ayat tu mudah je sebagai contoh “My target market is orang bertudung, (pastu tiba-tiba ayat bahasa Melayu)”. “Kemudian, kami will open branch near Shah Alam kerana kami nampak potential market there.” Nampak tak? Dalam satu ayat tu, dua bahasa masuk terus. Ini menunjukkan kekeliruan anda dalam menggunakan dua bahasa.

Wartawan tu tanya dalam bahasa Melayu je kot. Kenapa perlunya campurkan dua bahasa? Ingat, bahasa itu adalah bertujuan untuk menyampaikan satu-satu maklumat dengan tepat kepada sasaran pendengar. Kita perlu lihat situasi mana satu bahasa itu digunakan. Sebagai contoh, jika di pejabat, saya biasanya akan bercakap dalam English kalau saya dalam keadaan formal seperti dalam meeting atau berbincang tentang kerja. Kalau tidak formal, saya akan menggunakan bahasa Melayu. Walaupun saya bercakap bahasa Melayu dengan bangsa Cina atau India, saya tidak akan menggunakan pelat mereka.

Jika anda sedang berbahasa Inggeris atau English, gunakan sepenuhnya dalam English. Anggaplah mereka yang mendengar tu tidak faham berbahasa Melayu. Dari situ, anda akan cuba sedaya upaya mencari perkataan English untuk memahamkan mereka. Walaupun mula-mula agak gagap, lama-lama anda menjadi fasih bila perkataan tu sentiasa bermain di lidah. Secara tak langsung, anda menemui perkataan-perkataan baru dalam English untuk digunakan bila bercakap.

Saya biasanya akan berkesempatan bercakap bahasa Inggeris bila bercakap dengan bukan Melayu di pejabat. Walaupun dia bercakap bahasa Melayu, tapi bila soalan tu berkaitan kerja atau formal, saya akan cuba berbahasa Inggeris bila menjawab.

Nampak tak situasi bila dan di mana bahasa Inggeris digunakan? Jika kita masih menggunakan bahasa rojak, ia tidak membantu pun perkembangan bahasa kita sama ada English atau Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris digunakan mengikut situasi dan tempat. Itulah peranan bahasa sebenarnya. Ia bukan mengangkat darjat orang, tapi bahasa bertujuan untuk menyampaikan sesuatu percakapan dan juga mendalami ilmu. Kalau cakap English, gunakan sepenuhnya sampai topik kita sembang tu habis. Paling kurang, habiskan satu ayat sepenuhnya dalam English. Contohnya

Sepatutnya cakap “I want to expand my business in Shah Alam and open new branch there”  daripada cakap macam ni “I want to kembangkan my business di Shah Alam and buka branch di sana”. Lagipun, jika kita cakap rojak, ia menunjukkan kurangnya keyakinan diri kita bila berkomunikasi dan boleh menjatuhkan kredibiliti kita. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: