Toy story 3

Toy story 3 akan ditayangkan..menarik untuk ditonton.

Kurang kesedaran sivik

Picture1Semalam, isteri saya cerita semasa turun nak makan di KLCC, dia naik lif. Adala dua orang ni bercakap-cakap dalam lift.

“I malasla pakai mask. Lemas.”, sambil menunjukkan tanda² selsema dan batuk. Kawannya menjawab, “I dah immune dengan sakit² ni”. Begitulah lebih kurang ceritanya.Isteri saya yang tak sakit apa-apa elok je pakai mask.

Saya pun pening bila mendengar cerita ni. Sedang wabak selsema babi ni merebak, diorang boleh buat tak kisah je. Dahlah selsema, taknak pakai mask pulak. Saya fikir ramai jugak orang yang berperangai begini. Penting diri sendiri. Inilah masalahnya mengapa H1N1 ni merebak dengan cepat. Yang mati nanti ramai kanak-kanak, orang tua, orang dah sediakala sakit. Prevention is better than cure. Tak semestinya kita berpelajaran tinggi, kita mempunyai pemikiran kelas 1. Buatla apa yang disyorkan untuk kepentingan bersama.

Krisis gula melanda negara

semutSetiap hari aku mencari gula..dari sebesar-besar shopping complex hingga sekecil-kecil kedai. Dari bandar tasik selatan hingga ke cyberjaya aku mencari. Menteri cakap bekalan mencukupi namun aku pergi kedai tetap takde gula. Dalam berita mengatakan kekurangan gula disebabkan penyeludupan ke Siam, tapi kenapa tiba nak bulan posa ini pulak baru timbul isu. Selain sorok gula, menjelang bulan ramadan di Malaysia ni, peniaga di pasar ramadan memerlukan gula. Peniaga one time peryear bisnes iaitu bisnes kuih/biskut raya juga memerlukan gula. Maka boleh jadi belian panik telah dilakukan oleh peniaga² bulan posa. Terpaksala aku berjimat menggunakan gula…

Update 8/8/09- Akhirnya aku dapat gak gula…kat tesco

Office 2010 : The Movie

Is it a joke from Microsoft?Watch this trailer…

Pencemaran bahasa berleluasa

Is my pilihan muktamad?

Is my pilihan muktamad?

Ini SALAH SATU daripada pencemaran bahasa pada iklan. Saya fikir banyak lagi papan iklan sebegini di merata-rata tempat di negara kita. Ini menggambarkan pemikiran rakyat negara ini yang keliru dengan identiti mereka. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? Nama-nama tempat seperti Valencia,Paragon Height,Country Height,Country Homes,Cameron Highland dan macam-macam lagi bukannya terletak di US mahupun UK tapi sebenarnya terletak di negara Malaysia yang nyata terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu Melayu,Cina dan India. Bangsa Inggeris tidak pun menjadi kaum majoriti. Bahasa jiwa bangsa. Jiwa kacau melihat keadaan ini…

« Older entries