Ogos 18, 2009 pada 3:05 am (Berita terkini, Cerita penulis)
Tags: kesedaran sivik, selsema babi
Semalam, isteri saya cerita semasa turun nak makan di KLCC, dia naik lif. Adala dua orang ni bercakap-cakap dalam lift.
“I malasla pakai mask. Lemas.”, sambil menunjukkan tanda² selsema dan batuk. Kawannya menjawab, “I dah immune dengan sakit² ni”. Begitulah lebih kurang ceritanya.Isteri saya yang tak sakit apa-apa elok je pakai mask.
Saya pun pening bila mendengar cerita ni. Sedang wabak selsema babi ni merebak, diorang boleh buat tak kisah je. Dahlah selsema, taknak pakai mask pulak. Saya fikir ramai jugak orang yang berperangai begini. Penting diri sendiri. Inilah masalahnya mengapa H1N1 ni merebak dengan cepat. Yang mati nanti ramai kanak-kanak, orang tua, orang dah sediakala sakit. Prevention is better than cure. Tak semestinya kita berpelajaran tinggi, kita mempunyai pemikiran kelas 1. Buatla apa yang disyorkan untuk kepentingan bersama.
3 komen
Ogos 18, 2009 pada 2:37 am (Cerita penulis, Website)
Tags: google map
Sejak aku bekerja dan ada internet kat rumah, macam-macam ilmu dan informasi yang aku dapat.Biasanya aku selalu google map bila dapat undangan kahwin, interbiu, atau apa-apa je yang melibatkan lokasi. Peta kenduri kahwin yang nampak confius di mata,aku akan google map. Tempat interbiu yang tempat entah mana halanya aku google map. Lokasi tempat makan yang sedap² aku guna google map. Pendek kata google map. Adik beradiknya ialah wikimapia.org..satu laman web google map yang telah dicustomize dan boleh disunting oleh sesiapa saja. Itu bagi sesiapa yang ada internet la.
Walaupun gitu, peta yang ada google map tu bukanlah yang up to date. Sebab tu aku sesat masa nak gi dan balik ujian PTD hari tu.muahaha.Masa mak dan ayah nak jumpa bakal besan(masa tu belum kawin lagi), aku tolong bawakan ke lokasi(rumah kakak ipar aku skrg ni) yang tak pernah aku pergi pun. Pastu, mak aku heran macam ne aku boleh tau jalan? “Kamu selalu pegi rumah tu ke jep?”,tanya mak aku. Ah,sudah? “Mana ada mak. Jep tengok internet”, aku terangkan dengan panjang lebar. Maklumlah, masa tu belum kawin, banyak pantang larangnya. Ada yang lebih canggih?Ya, aku tau..GPS. Tapi aku tak suka sebab ia menyebabkan aku kurang fokus semasa memandu dan aku tak ingat jalan. Sesat-sesat baru adventure. Apapun, sebelum ada pergi ke mana-mana, rancang perjalanan anda dan always google maps/wikimapia.
2 komen
Ogos 9, 2009 pada 3:55 pm (Cerita penulis)
Tags: ujian PTD
Hari Sabtu hari tu aku pasti ramai individu yang terlibat dengan ujian PTD ni. Aku pun terjebak juga. Nak jadi cerita, demi tidak mengulangi kegagalan ujian pada Februari yang lepas, aku pun siap sedia membuat latihan terutamanya ujian Daya Menyelesaikan Masalah dan Esei BI. Pada Februari lalu, banyak soalan yang aku tak sempat nak jawab dalam Seksyen A,B dan E. Seksyen A ialah Pengetahuan Am, B- Daya Menyelesaikan Masalah, E- Esei BI. Yang lain C- Pemahaman terhadap Esei BM BI dan D-Esei BM. Maklumlah, masa tu first time jawab.Mana nak tau. Aku diberi peluang sekali lagi. Aku kena pergi sekolah SMK Saujana Impian, Kajang kali ni. Pendek cerita, akhirnya aku gagal lagi menghabiskan soalan seksyen bagi A dan B. Seksyen B aku paling tensen punya soalan, memang putar alam nya. Soalannya Matematik PMR, malah lebih kejam lagi. Walaupun tidak melibatkan formula, tapi kita banyak habis masa satu soalan. Aku cari soalan yang mudah, adalah tak sampai 4 soalan yang aku jumpa. Aduh!Gagal lagi. Maknanya aku tidak cukup tangkas menjawab soalan² tu. Tercabar ego aku bila aku tengok mamat sebelah aku tu semua tanda lorek pada borang OMR dia masa hantar. Huhuhu..takpela. Aku tak berminat dah. Aku dah insaf. Aku nak cari kerja dalam ruang lingkup bidang aku sekarang.
5 komen
Jun 29, 2009 pada 2:31 pm (Cerita penulis, makan angin)
Tags: chinese muslim food, restoran chinese muslim, restoran pak ya
Semalam saya dan isteri pergi makan malam di satu restoran di Kg Pandan Dalam. Restoran ini menyediakan makanan Cina. Tokey kedai dia Cina Muslim yang masuk Islam sekeluarga. Oleh kerana dia sukar mendapat makanan Cina yang halal, lalu dia membuat sendiri restoran masakan Cina. Makanan agak murah dan rasanya memang marvelous (pada pendapat akula). Yum-yum..saya pesan harka mee, isteri saya pesan kuetiaw daging halia. Bermacam-macam masakan ada di restoran ini. Boleh cuba.

Menu

menu mee

Papan tanda Jalan2 cari makan Tv3

kuetiaw daging halia

Harka mee

Peta Lokasi
8 komen
Mei 25, 2009 pada 9:29 am (Cerita penulis)
Sekarang ini negara kita mengalami satu fenomena baru..Menangkap gambar sebagai satu hobi menggunakan kamera DSLR. Dulu, semasa kamera digital kompak tengah berkembang, DSLR ini tidak mendapat tempat sangat di hati orang. Sebabnya mahal,berat,membazir. Sekarang, kebanyakan orang dah bekerja dan pelajar mampu membelinya sebab harga yang mampu dibayar dah boleh dapat gambar yang superb.
Ramai yang buat side income guna kamera ini.Aku dah lama terfikir nak beli sejak aku start bekerja 2 tahun lepas. Namun, keutamaan aku pada masa tu ialah menyimpan duit. Pastu, bila duit banyak, aku terbeli hanset. Bila aku pindah rumah, aku tukar PC-jumlah harganya RM3500 selepas jual laptop aku RM1000. Biasala aku bab beli PC mesti mahal sebab jangka masa panjang, tak perlula upgrade. Pastu terus terkubur impian beli kamera DSLR. Bila dah kahwin, datang balik impian aku tu. Tapi malangnya, ramai yang telah terjebak dalam DSLR menyebabkan aku rasa nyesal sebab tak beli dari awal lagi. Huhuhu.Tidakkk!Aku mesti buat sesuatu.Hmm,’programming sebagai satu hobi’ masih belum jadi fenomena.Aha!I got new idea.Lalalala…
9 komen