Semalam saya dan isteri pergi makan malam di satu restoran di Kg Pandan Dalam. Restoran ini menyediakan makanan Cina. Tokey kedai dia Cina Muslim yang masuk Islam sekeluarga. Oleh kerana dia sukar mendapat makanan Cina yang halal, lalu dia membuat sendiri restoran masakan Cina. Makanan agak murah dan rasanya memang marvelous (pada pendapat akula). Yum-yum..saya pesan harka mee, isteri saya pesan kuetiaw daging halia. Bermacam-macam masakan ada di restoran ini. Boleh cuba.
Restoran Pak Ya:Chinese Muslim Food
Jun 29, 2009 pada 2:31 pm (Cerita penulis, makan angin)
Tags: chinese muslim food, restoran chinese muslim, restoran pak ya
Jalan-jalan cari makan: Restoran Malee Dengkil(Update)
Januari 21, 2009 pada 4:46 pm (Cerita penulis, makan angin)
Tags: malee, restoran dengkil, tomyam poptex

Epol dan aku
Semalam, aku dengan housemates (Bigbro, Fidos dan Epol) pergi open table kat restoran Malee, dekat Dengkil nun. Pada petang itu, sebaik sahaja tiba di rumah sewa aku mendapat mesej.’Jep,balik cepat.Kita makan di luar.’. “Nak makan kat mana kita?”, tanya Fidos padaku. Sepontan aku menjawab, “Pegi makan kat Dengkil la. Tomyam poktex.”. Aku pernah ke sana sekali makan dengan Bigbro dan Suhaimi. Bigbro yang mengajak masa tu. Baca baki entri ini »
Perjalanan ke Sg Bakap
Oktober 28, 2008 pada 11:46 am (makan angin)
Tags: Firdaus Khairi, Sg.Bakap
Akhirnya kahwin juga kawan aku seorang ni. Pada hari Ahad lepas, seorang kawan aku yang juga housemate aku bernama Firdaus Khairi a.k.a. Fidos membuat walimah di rumah selepas selamat mengahwinkan dirinya pada Sabtu hari semalamnya. Beliau telah memilih seorang gadis dari Gunung Semanggol untuk menjadi teman hidupnya. Pada mulanya, aku dengan kawan-kawan serumah ingin pergi bersama bertolak dari Kuala Lumpur, namun ada kecemasan di kampung aku, aku pun pulang dengan segera ke Teluk Intan. Sila baca lagi Baca baki entri ini »
Sehari di Lowyat
Oktober 20, 2008 pada 5:54 am (makan angin)
Semalam aku pergi ke lowyat sorang dengan menaiki motosikal. Sebab nak repair laptop adik aku, tak boleh boot windows. Jenuh dah membaiki sendiri, tapi tak boleh. Aku cadang nak beli hardisk dan RAM baru tapi fikir2 balik macam membazir je. Baik terus hantar repair. Pegi kat satu kedai repair ni, dia cakap kena install windows balik a.k.a format balik. Padahal aku dah try format laptop tu, tak boleh. Aku cakap kalau boleh install,install le. Tengok2 boleh install. Terpaksala bayar. Continue reading Baca baki entri ini »
First time in IKEA…
Oktober 11, 2008 pada 6:59 pm (makan angin)
Tags: house decoration, IKEA, perabot, perhiasan rumah
Hari ni pergi ke IKEA. Ini semua gara2 katalog IKEA kat atas meja aku. Tengok katalog tu macam menarik je. So, satu rum
ah sepakat pegi menuju ke Mutiara Damansara. Aku tak penah pegi pun. Lalu kawasan tu selalu je. Tapi hari ni hujan ribut. Tak nampak jalan. Syukur selamat sampai. Apa yang menarik di sana?
- Dalam satu hall yang besar tu, ada satu studio contoh kecil-kecilan dalam tu. Ada studio contoh bedroom,kitchen,toilet,ruang tamu yang memberi idea kepada pelanggan menghiasi rumah mereka dengan menggunakan perabot dan hiasan diorang jual.
- Barang2 yang dijual agak stailo dan kreatif yang dijual pada harga berpatutan.
- Ada shopping complex lain kat sana macam Ikano, The Curve, Court, Cineleisure.






