Hai, kembali dengan tajuk teknologi setelah lama membincangkan topik politik yang tak berapa nak best dan cerita penulis. Hari ini, saya terjumpa satu artikel yang memaparkan gambar PSP terbaru keluaran Sony -nama PSP Go. Kepada peminat PSP, keluaran terbaru pastinya dinanti-nantikan bagi menghiburkan hati yang duka disebabkan iklim ekonomi dan politik yang berapa nak syok ni. Kerana PSP ini bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak dan remaja malah orang dewasa. Saya minat-minat gitu je, tak beli pun. Saya dah tak berapa main games ini sejak saya tahun akhir universiti. Main sekejap dah boring.. Features PSP Go adalah seperti berikut:
Faktor kecil- 3.8 widescreen dengan 43 peratus lebih ringan dari PSP3000.
Storan- 16 GB memory terbina dalam dan juga memuatkan externel storan Memory Stick Micro Pro. Tiada UMD lagi seperti PSP 3000.
Controls-macam PSP biasa
Wireless-ada WiFi dan bluetooth
Digital media support- photo,movie,lagu. Boleh download lg.
Aku tidak pernah install Vista mahupun Windows 7 beta.Tetapi, ini adalah sedikit info dari internet mengenai Windows 7 beta yang terbaru. Beberapa artikel yang aku baca, Windows 7 telah dipertingkatkan dari segi prestasinya jika dibandingkan dengan Windows Vista. Antaranya ialah
Increased parallel device initialization
Less data read from disk
Start Pearl / Sound changes
Many detailed optimizations and enhancements
kredit-windows7news.com
Aku nak terjemah pun tak reti ayat dia atas takut takde sorang pun yang faham termasuk aku. Muahahaha .
Windows memory consumption telah diperbaiki dengan membuatkannya independent number of opening windows. Windows Vista akan jadi ‘hang’ jika new windows dibuka dengan banyaknya manakala Windows 7 masih steady and cool.Jika Windows 7 diinstall pada laptop, ia kurang ‘makan’ bateri, lebih kurang sejam tahan lebih lama berbanding Windows Vista. Wallahua’lam. Apa yang penting, kita sendiri tak pernah produce OS sendiri. Jangan biarkan mereka monopoli. Kita perlukan hasilkan produk kita sendiri.
Sega, sebuah syarikat yang terkenal dalam membangunkan permainan video mengeluarkan sebuah permainan kucing robot baru-namanya “Yume-Neko Venus” atau “Dream Cat Venus”. Kucing robot ni bukanlah seperti Doraemon yang kita sangkakan, ia lebih menyerupai binatang peliharaan. Ia dilengkapi dengan sensor sentuhan dan akan mengiau jika kita mengusap-usap badannya. Namun, aku lihat videonya dalam youtube, kelihatan sangat kaku. Pada aku, ciptaan Allah tetap tiada tandingannya. Aku suka lagi kucing yang betul.
WowWee, sebuah syarikat yang banyak menghasilkan permainan yang tidak mampu dimiliki oleh orang biasa, namun pengenalan produk syarikat ini selalunya tidak mengecewakan. Mungkin anda pernah mendengar Robosapien keluaran syarikat ini, robot permainan yang boleh menari dan berjalan seperti orang utan.
Pada Consumer Electronic Show(CES) di Las Vegas 8-11 Januari yang lalu, syarikat ini telah memperkenalkan beberapa produk hi-tech yang terbaru untuk tahun 2009. Antara yang menarik perhatian saya ialah Joebot dan Roborover.
Dari kiri: Joebot,Roborover
Joebot, sejenis robot yang boleh berjalan,bercakap dan berinteraksi dengan sifat jenaka dan menari. Pergerakannya agak pantas dan mempunyai beberapa mode. Antaranya bersiar-siar,mengawal,bercakap dan berlawan(Battle mode). Untuk battle mode sebagai contoh, dia akan berjalan-jalan sendiri dan memukul objek berdekatan.
Roborover, sejenis robot penjelajah yang boleh bercakap, dan menjelajah. Dia dilengkapi dengan sensors infra merah yang dapat mengesan objek penghalang dan sensor yang dapat mengesan yang dia dah terjatuh. Terdapat juga ciri tambahan yang tidak ada pada Joebot iaitu ‘Follow Me’ di mana dia dapat mengesan penggunanya berada di mana walaupun di dalam gelap.
Ini bukan cerita rekaan. Ini betul-betul. Nampak macam cerita sains fiksyen, tapi inilah realiti permulaan abad-21. Sudah tentu kanak-kanak zaman sekarang ni lebih beruntung. Memang cool la robot ni.