Perjalanan ke Sg Bakap

Akhirnya kahwin juga kawan aku seorang ni. Pada hari Ahad lepas, seorang kawan aku yang juga housemate aku bernama Firdaus Khairi a.k.a. Fidos membuat walimah di rumah selepas selamat mengahwinkan dirinya pada Sabtu hari semalamnya. Beliau telah memilih seorang gadis dari Gunung Semanggol untuk menjadi teman hidupnya. Pada mulanya, aku dengan kawan-kawan serumah ingin pergi bersama bertolak dari Kuala Lumpur, namun ada kecemasan di kampung aku, aku pun pulang dengan segera ke Teluk Intan. Sila baca lagi

Hari Sabtu tu aku mula merancang untuk ke Sg Bakap, P.Pinang menghadiri majlis Fidos. Aku pening sebab pertama aku tak ada kawan/teman nak ke sana, kedua tak tau jalan dan tak ada peta rumah. Aku mesej kawan2 serumah, diorang tak dapat pergi. So, yang tinggal aku kena tahu jalan nak ke sana.

Aku cuba buka internet dial up kat rumah,tak boleh. Akhirnya setelah mencuba beberapa kali, esoknya aku buka internet guna hanset GPRS. Aku dapat peta macam gambar sebelah. Itulah maksimum resolusi gambar yang aku dapat dalam hanset. Dengan konfidennya aku pergi menaiki kereta ayah aku. Bajet 4 jam perjalanan. Rupanya 3 jam suku je. Aku hanya call Fidos bertanyakan ‘kuar tol mana?’.Dia cakap tol Jawi. Dengan berbekalkan peta yang ada sampai jugak akhirnya. Sebab pekan kecil aku konfiden sampai ke sana tu. Kalau bandar besar dan complicated macam KL atau JB, aku memerlukan google map atau wikimapia. Gambar di bawah bukti aku telah sampai ke sana. Fidos kelihatan gumbira bersama isterinya.

Siapa Fidos ni?http://www.firdauskhairi.blogspot.com

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

2 Responses to Perjalanan ke Sg Bakap

  1. espritdcorp berkata:

    eh jeff, apesal pakai ayat buku nih? he he he..xpa2 janji org paham

  2. jafni berkata:

    Hihi..ok apa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: