Fatwa kini diperlekeh oleh orang Islam sendiri?

Hari ini seorang kawan aku kat pejabat aku forward email pada aku. Email tu datang seorang non-muslim yang telah diforward-forward pada ramai orang. Kebetulan kawan aku yang muslim ni dapat. Dia cakap budak India non-muslim ni yang tulis namun selepas diteliti isinya semacam orang Islam yang tulis.Akhirnya, aku tengok signaturenya tulis Bukhari Hood. Mungkin Islam la kot. Kawan aku ni panas hati gila dapat email tu. Aku tunjuk isi ni bukan sengaja nak bikin orang panas hati sama2, tapi aku nak balas balik apa dia tulis supaya kamu semua faham apa yang cuba aku bagitau.

Sent: Tuesday, November 25, 2008 4:31 PM
Subject: Fatwa-fatwa yang akan datang – Please read

Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong. Bukan oleh orang Cina, atau orang India atau orang Yahudi atau orang Kristian. Tetapi dianiya dan dikongkong oleh orang Islam/Melayu sendiri. Please read on.

Selepas fatwa pengharaman yoga, fatwa-fatwa yang akan datang adalah seperti berikut :


Disember 2008
Orang Islam dilarang mandi di kolam renang awam. Di kolam renang awam, akan terdapat orang-orang yang bukan Islam yang memakai pakaian renang yang singkat dan mendedahkan aurat (terutamanya amoi-amoi china yang cun dan seksi). Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari kolam renang awam.

Januari 2009
Orang Islam dilarang pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang bukan Islam and majoriti penduduk Pulau Pinang adalah orang yang bukan Islam. Apabila seorang Islam berada di Pulau Pinang, beliau mungkin terhidu bau char keoy tiaw yang dimasak oleh orang bukan Islam dan ini boleh merosakkan akidah kita. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari pergi ke Pulau Pinang. Orang Islam yang kini tinggal di Pulau Pinang akan diberi elaun pindah sebanyak RM 3000 untuk membantu mereka berpindah ke negeri-negeri yang lain. Perpindahan ke negeri Kelantan dan Terengganu amat amat digalakkan.

Februari 2009
Orang Islam dilarang meminum root beer. Walaupun root beer tidak mengandungi alkohol, namun perkataan “beer” ini boleh menimbulkan keghairan dan kelakuan tidak senonoh di kalangan orang Islam. Dengan pengharaman root beer, orang Islam bolehlah meminum minuman ringan yang lain tanpa was-was. Ginger beer juga diharamkan.

March 2009
Orang Islam dilarang memakan di kedai Mamak. Walaupun mamak kebanyakkannya Islam, tetapi asal usul mereka adalah India dan ada kemungkinan terdapat unsur-unsur India di dalam perniagaan mereka seperti bercakap Tamil dan memakai seluar dalam buatan India. Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka, mulai 1 Mac 2009, orang Islam dilarang dari memakan di kedai mamak (kecuali Tun Mahatir kerana dia sendiri mamak kelas I)

April 2009
Orang Islam dilarang bermain ping pong atau table tennis. Ping pong berasal dari negeri China dan oleh yang demikian, mungkin terdapat unsur-unsur agama Buddha atau Confuciusism di dalam permainan ping pong. Ornag Islam yang terlalu banyak bermain ping pong akan terjejas akidah mereka. Sebagai permainan alternatif, orang Islam digalakkan bermain sepak raga (tetapi bola raga mesti buatan Malaysia, bukan dari Thailand).

Mei 2009
Orang Islam yang berkerja dengan kerajaan dilarang mengambil gaji masing-masing. Ini kerana sebahagian besar pendapatan kerajaan adalah cukai pendapatan yang dibayar oleh syarikat-syarikat orang bukan Islam. Orang Islam digalakkan meminta sedekah dari orang Islam yang lain. Untuk memudahkan permintaan sedekah, bakal peminta sedekah digalakkan mencangkung di hadapan bangunan UMNO.


Jun 2009
Orang Islam dilarang keluar negara. Terdapat terlalu banyak godaan yang boleh meruntuhkan akhlak dan akidah orang Islam. Perkara ini telahpun dikaji dengan teliti hasil lawatan sambil belajar ke Bangkok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. Oleh yang demikian, orang orang Islam diminta menyerahkan balik paspot masing-masing ke jabatan immigresen secepat mungkin. Perjalanan keluar negara hanya dibenarkan untuk menteri-menteri dan orang kuat UMNO sahaja, itupun hanya jika diiringi oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.


Julai 2009
Orang Islam dilarang berfikir di waktu siang. Kebanyakkan masalah jenayah dan maksiat wujud kerana orang-orang yang tak ada kerja berfikir yang bukan-bukan. Untuk membenteras maslah jeneyah dan maksiat, orang-orang Islam mulai 1 Julai 2009, dilarang dari menggunakan otak mereka diwaktu siang. Pemikiran mereka akan dipantau oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menggunakan sekumpulan specially trained monkeys. Orang Islam boleh menggunakan otak mereka di waktu malam tetapi pemikiran dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan dengan makan dan minum sahaja.




Please do not laugh. Many of the above will become a reality if we do not do anything. The rational-thinking muslims in this country are simply not doing anything. We let a very small minority of narrow-minded idiots to control our lives. We, especially the Malay muslims, are fast becoming a laughing stock worldwide. We are obsessed with the little little things.

When there are so many important things remain to be done, why must the Fatwa folks spend their time on little things.. tomboys, yoga, etc, etc. Why don’t we ever hear anything from the Fatwa folks for social justice, eradicating corruption and poverty, protecting single mothers, helping the poors, educating the ummah, protecting the environment or ensuring fairness in society.

If you are a rationale, forward thinking muslim, please speak up. If you choose to remain silent, it only means that you agree with whatever is happening. And do not blame the non-muslims for all our troubles. We are asking for it.

Bukhari Hood

Shah Alam

——————————————————————————–

Sekarang, ini jawapan pada Bukhari Hood. Kepada saudara bukhari hood yang namanya seperti ulama hadis tersohor tapi anda bukan ulama. Saya tak nak komen mengenai ramalan anda sebab ternyata anda  mempersendakan Islam dan ramalan anda itu sendiri membuat orang bukan Islam mentertawakan orang Islam kerana ke’terer’an anda memandai-mandai. Anda menulis lagak seperti seorang yang rasional tapi sebenarnya anda emosi. Cuba baca surat khabar hari ahad 24 Okt tu betul2..

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Tidakkah fatwa tu hanya mengharamkan yoga sistematik dan menyeluruh.Baca seterusnya petikan akhbar itu…

“Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

Ok. Jika petikan pertama juga anda tidak bersetuju, saya ingin memberi jawapan kepada anda dari pandangan Islam. Pengamalan Islam itu bukan semata-mata rasional dan logik. Jika kita benar-benar mengamalkan Islam dalam kehidupan, sebenarnya kita tidak perlu yoga pun dan kita tidak ada masa nak beryoga-yoga ni. Sedangkan amalan untuk bekalan kita masih sikit, kita pula masih sibuk nak beryoga dan buat benda lain.

Banyak amalan Islam yang kita belum buat seperti solat-solat sunat terutama tahajud, puasa sunat, zikir,baca quran selain yang wajib namun yoga juga pilihan anda. Anda berasa Islam semakin mundur bila fatwa melarang itu ini, namun ahli dalam majlis fatwa tulah terkehadapan pemikirannya kerana mereka dapat memikirkan masa depan, nasib umat Islam jika terus mengamalkan. Mereka menyelamatkan ribuan umat Islam ke dalam seksaan api neraka.

Seperti anda katakan kenapa tak keluarkan fatwa berkenaan social justice, eradicating corruption and poverty, protecting single mothers, helping the poors, educating the ummah, protecting the environment or ensuring fairness in society. Perkara itu tak perlu fatwa pun, kerana semua benda tu memang dah ada dalam pemerintahan Islam jika dilaksanakan pemerintahan Islam la. Dah ada undang-undang pun. Yang jadi masalah ialah kelemahan pemerintah dan kurangnya penekanan akhlak orang Islam itu sendiri.

Pendapatku, biarlah kita rugi di dunia, jangan rugi di akhirat sama. Sebab Allah tidak memberi jaminan pun kita akan bersenang lenang di dunia jika kita mengamalkan Islam, tapi Allah memberi jaminan kesenangan di akhirat. Walaupun susah di dunia, tapi hati kita tenang.

Biarlah seantero dunia mengetawakan kita di dunia sebagaimana Nabi Nuh ditertawakan oleh orang kafir kerana membina bahtera penyelamat di padang pasir, tapi bila tiba masanya Nabi Nuh dan kaumnya yang beriman terselamat daripada bencana banjir. Begitulah kiasan kisah Nabi Nuh pada kita. Mereka ini (Majlis Fatwa dan ulama2) ibarat membina ‘bahtera’ penyelamat walaupun kita rasa agak jangkal pada masa kini, tapi pada akhirnya kita terselamat pada hari pengadilan.

Jika kita sama-sama mengamalkan Islam dalam kehidupan,saya percaya kita tidak memerlukan benda lain selain yang ditunjukkan oleh Islam. Bagi non-muslim, jika ingin mencari info mengenai Islam, carilah info itu dari betul-betul pandai dalam Islam seperti ustaz,pensyarah agama,tokoh ulama,bukan dari penulis-penulis bebas dan liberal seperti ini.

Janganlah kita bersifat defensif dengan menutup mulut mereka(non-muslim) untuk berbicara tentang Islam, sebaliknya kita perlu progresif bagitau mereka betapa pentingnya kalimah La ilaha ilallah,Muhammadur Rasulullah. Kena belajarlah..jangan pandai-pandai sendiri.

Apa yang kita buat perlulah mendapat keredhaan Allah, bukan redha manusia. Ingatan daripada Allah sudah memadai seperti Firman-Nya dalam surah al-Kahfi ayat 28 yang bermaksud

“Dan bersabarlah engkau(Muhammad) bersama dengan orang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya;dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia; dan janganlah engkau ikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami; serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melampaui batas.”

Sadaqallahul ‘azim.Namun,ada ayat terakhir dalam email tersebut menyatakan ‘will somebody please shoot those idiots at the fatwa council‘ tapi aku malas nak papar dan mengomen sebab aku ingat orang itu dah hilang akal. Firman Allah tadi sudah cukup jadi rumusan dan menjawab persoalan untuk kita semua.Teruk betul diorang ni.Wallahua’lam.


Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

5 Responses to Fatwa kini diperlekeh oleh orang Islam sendiri?

  1. :: aina :: berkata:

    itu masalah kalo dah berfikir terlalu liberal..semuanya akan rasa tersekat sebab Islam

    sepatutnya kene jadikan Islam sebagai asas dalam kehidupan

    sekarang ni kene self-educate supaya kita masih berpegang dengan ajaran yang Allah turunkan & Rasulullah sebarkan

  2. WiNz berkata:

    “..why must the Fatwa folks spend their time on little things.. ”

    fahaman liberal ikut logik akal & gunakannya ats nama hak asasi manusia dah lame sgt tertanam dlm otak. smpkan perkara2 mcm ni pun boleh dikatekan ‘little things’.

    bravo jafni, aku mmg xreti nk bahas psl bende2 mcm ni. vote jafni for PM! ^_^

  3. P berkata:

    Kalo orang yang tak faham ape itu Islam… memang akan cakap yang bukan-bukan. Tak hairan lah kerana di akahir zaman ni.. berpegang pada Islam bley diibaratkan seperti menggenggam bara api. For those who cakap without knowledge, please do deep research & get it from real source. Cant see it in the sources? Simple, Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu dan menutup hati mereka yang Dia mahu. Hidayah ada 2 jenis: i) yang dianugerahkanNya dan ii) yang perlu dicari.

    Yang pelik nye, nape ada pihak yang x puas hati sedangkan fatwa berkenaan x berkaitan dengan mereka. Peace, no war~

  4. jafni berkata:

    aku xjumpa sape penulisnya asalnya..hopefully dia terbaca blog aku…aku nak tengok apa respon dia..

  5. Gene berkata:

    Agree… THose who are not related or involved should not add gas to the fire… bodoh.. MYOB.

    PEACE….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: