Bantahan PSSMI 7 Mac-apa tindakan kita?

Salam..dah lama tak menulis disebabkan ketiadaan internet di rumah dan kesibukan kerja di pejabat. Ketidaktentuan politik negara ini menyebabkan banyak isu yang timbul. Namun, isu lama seperti PSSMI kembali ‘mengganas’ setelah mendapat sokongan ramai tokoh-tokoh akademik Melayu dan sebahagian bukan Melayu. Beberapa siri rundingan telah dijalankan, namun kerajaan tetap berdegil meneruskannya.Antara alasan popularnya ialah kerana kerajaan dah habiskan banyak wang untuk projek PSSMI. Ok,fine. Kita berhenti cerita PSSMI. Apa yang cuba aku tulis bukan mengapa PSSMI perlu dibantah dan apa rasional kerana dah ramai sangat cerita keburukan kesan PSSMI berserta hujah-hujah yang mantap.

Apa yang mahu dibincangkan di sini ialah apa tindakan kita jika kerajaan bersetuju mansuhkan PSSMI? Adakah kita terus dengan dunia kita atau menggiatkan usaha perkayakan karya bahasa melayu?Kita tidak kurang novel,buku agama dan sastera karya bahasa melayu, tetapi kita kurang karya sains dan teknologi dalam bahasa melayu. Sebab itu wujudnya PSSMI. Bukan kerana PSSMI ingin membuat orang pandai bahasa inggeris, tapi kerana kemajuan sains dan teknologi yang pantas menyebabkan bahasa Melayu ketinggalan dalam ilmu ini. Mengapa ini terjadi?Mengapa bahasa Melayu ketinggalan dalam ilmu sains dan teknologi?

Pertama: Sebab orang Malaysia malas menulis dalam bahasa melayu. Tidak kira buku ke apa ke.

Kedua: Kurangnya budaya ilmu.

Ketiga: Orang Melayu terutamanya jenis tak ambil kisah hal2 ni..seolah2 slogannya ‘xkisah ko nak buat apa pun,asalkan kita maju’.

Keempat: Kurang aktiviti kesarjanaan dalam bahasa Melayu

Itu beberapa sebab je yang boleh saya diberikan. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tindakan kita? Perbaikilah sebab-sebab itu. Bukan kerajaan sahaja perlu bertindak, tetapi kita semua bersatu memperkasakan semula sehingga menghasilkan gelombang revolusi dan anjakan paradigma.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

2 Responses to Bantahan PSSMI 7 Mac-apa tindakan kita?

  1. P berkata:

    ok jek tgk PSSMI ni. Adik bongsu P, tingkatan 1 baca English dengan lancar. Alhamdulillah. Kalo time P F1, memang tibai baling dadu jek jawab exam. Agak kagum dengan pencapaian si adik. Walaupun pencapainnye x cemerlang sebagaimana P (ehem..) semasa UPSR dulu tapi kalo nak dibandingkan dengan tahap ke-terer-an die.. P salute die.. dan adik-adik kita yang len…. especially ramai yang berjaya dengan cemerlang. Listen: PSSMI tujuan nye untuk memajukan kita. So wat’s the prob? Kenapa nak halang sesuatu yang baik.

    Tidak dinafikan tahap pengajaran & pembelajaran hari ini agak tinggi (lebey sesuai sangat tinggi kot) berbanding zaman kita dulu. Kalo P la.. mmg sure x dapat nak carry. Tp tu la.. adik2 kita skang ni mmg hebat.

    Ape pun tindakan kerajaan.. biarlah berpada. Pendidikan bukan untuk dipolitikkan. Jangan sampai membebankan anak2 kita. Kang tensi sampai wat demonstrasi naya lak. Cian budak-budak..

    Okies Jeff &.. Nad.. Selamat Pengantin Baru😉

  2. jafni berkata:

    PSSMI ni akan menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahasa pasar, tidak lagi menjadi bahasa ilmu. Perbendaharaan kata sains dan matematik dalam BM akan hilang di kamus mahupun di buku2 rujukan seperti halaju,pecutan,jisim,daya apungan,umpukan(assign),rangkaian,tetikus dll. Jurang antara pandai dengan kurang pandai akan bertambah jauh. Ini boleh jadi kaya dengan miskin juga akan bertambah. Bahasa Melayu boleh pupus sebagaimana tulisan jawi. Bahasa jiwa bangsa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: