Melayu bangga dengan kejayaan palsu

Inilah tajuk emel yang saya dapat hari ini. Apapun, mari kita sama-sama fikirkan. Sudah tiba masanya untuk kita kena berubah. Sila baca isinya emel ini..

MUJAHID menulis “Fikir fikir kan lah….Di Singapura, kami tidak
mendewakan pemain-pemain bola.” Begitulah kata-kata Phillip Yeo, Ketua
Agensi Penyelidikan Untuk Sains dan Teknologi Singapura. Saya yakin
Singapura juga tidak mendewa-dewakan golongan artis seperti yang berlaku
kepada kita di Malaysia.

Saya tidak pernah terbaca atau mendengar berita yang penyiar TV di sana
menganjurkan banyak siri realiti TV yang tidak mendatangkan sebarang
faedah jangka panjang untuk kemajuan negara kecil mereka. Tetapi
berlainan pula dengan negara kita, itu yang lebih diutamakan sejak
kebelakangan ini.Jika beginilah sikap rakyat negara kita nampaknya kita
akan terus menjadi sebuah negara yang terbelakang dalam segala bidang
yang berfaedah untuk masa depan negara.Di Singapura, idola mereka adalah
orang terpelajar, bukan artis. Orang terpelajar dijadikan contoh kepada
anak-anak muda Singapura untuk mengejar kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi. Anak-anak mereka digalakkan mendapat pelajaran setinggi yang
mungkin kerana mereka sedar tanpa generasi yang berpelajaran dan
berpendidikan tinggi negara mereka akan ketinggalan.Singapura sedang
menuju ke arah apa yang disebut knowledge economy (ekonomi ilmu
pengetahuan) tetapi kita lebih kepada entertainment economy (ekonomi
hiburan).Artis-artis yang berjaya meraih ‘ijazah’ dari Akademi Fantasia
(AF) lebih diberikan tempat dalam liputan akhbar daripada kejayaan
anak-anak Malaysia yang berjaya dalam bidang sains dan teknologi.Kalau
beginilah cara orang Melayu menguruskan anak bangsa mereka nampaknya
peluang untuk menjana Towering Malays atau Melayu Unggul akan punah.Mana
ada anak Melayu yang berjaya dalam bidang nyanyian di peringkat
antarabangsa sehingga mereka terkenal seperti artis-artis dari Barat.

Pernahkah kita mendengar jualan album artis-artis Melayu dijual jutaan
keping di pasaran antarabangsa?Kalau setakat menyanyi di Royal Albert
Hall sudah dianggap satu kejayaan besar bagi anak Melayu dan bukan meraih
ijazah kelas pertama di universiti Cambridge atau Oxford, rosaklah anak
Melayu.Kaum Cina dan India mendahulukan kejayaan akademik daripada
hiburan tetapi untuk anak-anak Melayu, ibu bapa mereka sanggup berkorban
apa saja, bergolok bergadai asalkan anak mereka mendapat tempat dalam
Malaysian Idol dan AF.Mereka tidak sanggup berkorban atau bergolok
bergadai untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang
terbaik. Sesungguhnya orang Melayu akan jadi bahan ketawa kaum lain pada
suatu hari nanti. Orang Melayu masih buta dengan agenda orang lain untuk
menjatuhkan mereka.Tulisan saya ini mungkin tidak akan menyenangkan orang
yang tidak mengambil berat tentang arah tuju orang Melayu. Ia mungkin
bagai cili yang terpepak atau pahit bagai hempedu tetapi seperti kata
orang, yang pahit itulah ubat.Malangnya orang Melayu suka digula-gulakan,
dipuji berlebih-lebihan. Biar menang sorak kampung tergadai. Biar papa
asalkan bergaya. Sampai bila kita hendak dodoikan orang Melayu dan anak
Melayu dengan kejayaan yang palsu. Kita mahukan durian tapi benih tomato
yang kita tanam.Di mana rasional dan logiknya? Begitu rendahkah daya
fikir orang Melayu dan anak Melayu? Kalaulah pejuang kemerdekaan dari
kalangan orang Melayu yang lalu masih hidup, mereka pasti akan menangis
kerana kita telah gagal mendidik anak bangsa ke arah kemajuan yang
dituntut oleh agama Islam.Kita gagal mengisi kemerdekaan dengan anak-anak
bangsa yang bijak berfikir dan bertindak demi kesinambungan kemegahan
orang Melayu. Mungkin Hang Tuah akan geleng kepala melihat orang Melayu
hari ini menyalahgunakan kebebasan yang diperoleh. Mungkin Melayu tak
hilang di dunia tetapi jika ada bangsa Melayu yang layu apalah gunanya.
Layu dengan lagu yang mendayu. Layu di pusat-pusat serenti. Layu di atas
jalan raya yang serba moden. Layu di peringkat pengajian tinggi.Sebab
itulah seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, kita tak sepatutnya
memperjuangankan bangsa Melayu tapi yang patut kita perjuangankan ialah
Islam.

—————————————————Tamat di sini————————————————

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

One Response to Melayu bangga dengan kejayaan palsu

  1. siti hamidah berkata:

    betul..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: