Murahnya sepuluh ringgit

Hari ni aku pegi berjalan-jalan. Beli barang sikit kat Giant. Aku hanya bawak RM50 je. Tapi barang sikit je yang beli. Baki hanya sekitar RM40 RM10. Pastu aku terfikir, nape jadi macam ni. Aku dapati nilai RM10 dah macam RM1 masa dulu-dulu. Maknanya,kita boleh beli satu dua barang je dengan nilai RM10.Perhatikan

  • Makan tengahari-RM5 (itupun kalau takde air, kalau tambah air-RM6)- sekali atau dua makan je. Tak boleh belanja kawan makan kalau ada RM10 je
  • Majalah kereta atau komputer-RM10 – Satu item je
  • Kalau suka minum milo atau horlick, beli pack sekitar lebih RM5 -satu item je
  • Majalah Komik macam Gempak ke, Ujang ke- RM4.2-4.9 satu atau dua item je
  • Buku ilmiah -boleh dapat ke dengan RM10?Buku kecik je kot
  • Beras 5kg-tak dapat beli dengan RM10
  • Ubat gigi – 2 item je dapat
  • Gunting rambut- untuk diri sendiri je dapat (nasib tak kerap)
  • Minyak masak – satu item je kalau beli botol 2-3 kg
  • Baju,kasut -tak dapat
  • Minyak motor -EX5 dua kali isi je, ada setengah motor satu tank RM10
  • Minyak Kereta-lagi senang nak habiskan RM10
  • Topup Touch n Go atau Prepaid HP
  • Pergi ke KLCC pegi balik naik LRT dari Bandar Tasik Selatan untuk diri sendiri sahaja- RM1.7 x 2 + RM 1.6 x 2=RM6.60 (baik aku naik moto)
  • Tiket bas balik kg -contoh Teluk Intan atau Kuantan – tak cukup dengan RM10
  • Naik teksi dari stesen LRT BTS ke kawasan apartment bandar tasik selatan  sekitar RM5-ikut nasib
  • Tiket wayang

Sebenarnya banyak lagi. Tapi tak larat nak senarai. Ada di antara senarai di atas tu bukan keperluan. Jadi, kalau kita abaikan bukan keperluan tu, maksudnya kita pergi kerja balik kerja, makan dan hujung minggu duduk rumah diam-diam. Pastu lama-lama jadi sengal.Wakakaka.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: