Terminal Bas Selatan macam airport!

Semalam aku cuti, jadi petang tu aku ambik kesempatan jalan-jalan kat terminal bas baru kat bandar tasik selatan. Alang-alang dekat rumah, saja la jalan-jalan. Aku masuk dari jejantas LRT Star Bandar Tasik Selatan. Dari situ, kita kena tuju ke arah stesen komuter dan ERL.

Bila dah sampai hujung jejantas tu ada eskalator nak terminal baru tu. Nama terminal tu Terminal Bas Selatan,Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) atau TBS secara ringkas. Sampai pintu masuk je, memang WOW! Macam airport beb. Besar dan selesa. Buat masa ni, tidak banyak bas yang bergerak dari sini. Bas yang ada macam KKKL, Delima. Transnasional pun aku tak nampak pun kaunter.

Restoran/Tempat
Bila dah tempat kelas begini, korang ingat ada tak kedai-kedai makcik pakcik nak jual kat sini? Takdenye. Kedai makan yang ada restoran mamak Maju, starbucks,kenny roger dan seangkatan dengannya. Tapi jangan risau, ada juga kedai jual makanan macam nasi campur.

Kemudahan
Kemudahan sini lengkap dengan tandas, surau, tempat menunggu yang selesa, wifi (ada kot,tak pasti), tempat tunggu teksi dan bas di tingkat bawah. Oleh sebab tempat ni masih baru, bas dengan teksi pun tak banyak. Tempat parkir kereta dan motosikal pun ada. Tapi aku tak tahu berapa caj sekali masuk/perjam.

Keselamatan
Kat sini siap ada balai polis lagi. Apatah lagi polis bantuan. Cuma kalau berjalan dari jejantas LRT tu je tak ada pihak keselamatan.

Lokasi
Bagi aku la, lokasinya walaupun nampak sesuai sebab berdekatan dengan LRT,Monorel dan KTM Komuter dan berhampiran lebuhraya Besraya dan MRR2, tapi sebenarnya agak jem jugak kawasan ni terutama waktu puncak. Tambahan kawasan ni banyak pangsapuri. Memang padat. Dulu, kawasan ni bekas tapak lombong/tasik.

Apa yang tak ada
Biasanya kalau tempat tumpuan orang ramai ni ada hotel. Tapi malangnya terminal ni dibina tanpa hotel tak macam puduraya. Kalau orang tersesat atau sampai lewat malam mana nak tidur aku pun tak tau. Bandar Tasik Selatan ni mana hotel. Naik teksi balik pusat bandar KL cari hotel. Sebab LRT,Komuter semua dah tutup.

Pintu masuk dari jejantas LRT

Dashboard arrival

Touch screen information

Tempat berlepas

Antara kedai yang ada

Ada mesin e-tiket

Pemandangan tingkat 4

Tempat bas

Tempat tunggu teksi dan bas

Pelan

Kaunter tiket

Panduan

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

One Response to Terminal Bas Selatan macam airport!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: