Bila atuk bercerita tentang zamannya

Negara Maya,tahun 2060.Negara yang sedang dalam proses pemulihan ekonomi selepas lebih 10 tahun mengalami kemusnahan teruk akibat perbuatan parti OhNo dan yang bersekutu dengannya.Parti OhNo dan parti bersifat perkauman diharamkan serta merta dan diwartakan dalam akta.Kini, kaum Ma terpaksa memberi laluan kepada kaum Ca dalam menguruskan ekonomi dan merencana halatuju negara Maya disebabkan kekurangan ahli ekonomi di kalangan kaum Ma.Yang ada pun professor kangkung ekonomi pilihan OhNo dahulu.Tak boleh pakai.

Perdana Menteri masih lagi daripada kaum Ma disebabkan kaum Ma adalah kaum majoriti.Ramai daripada kaum Ma hidup terhimpit akibat kemusnahan ekonomi.Mereka terdiri daripada peladang2,penternak2 dan menguruskan bisnes kecil dan sederhana.Dahulu mereka hidup senang kerana parti OhNo banyak bagi bantuan pada mereka sehingga mereka menjadi manja.Semuanya bergantung pada kerajaan yang memerintah pada masa itu.

Namun,hari ni kaum Ma telah sedar.Tapi sudah terlambat.Walaupun majoriti dalam negara,tapi bilangan tenaga muda yang dapat menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara jauh lebih sedikit berbanding kaum lain.Yang ada kebanyakannya dah pencen.Negara Maya kini banyak dibantu oleh negara jiran dalam pemulihan ekonominya,Pora.Pora jauh lebih moden dan canggih.Mereka memiliki banyak kepakaran dalam pelbagai bidang kecuali pertanian.Negara Maya kini mengorak langkah dengan mengeksport pembantu rumah dan juga artis-artis yang tidak pernah dilakukan sebelum ini demi memulihkan ekonomi.

Di satu flat yang kecil di kota Kuala Semak,dua orang sedang berbincang sesuatu di ruang tamu.Seorang tua dan seorang lagi anak muda,cucu kepada orang tua ini.

‘Tok,kenapa orang dulu undi parti OhNo dan sekutunya padahal diorang tau banyak korupsi dan teruk?’,tanya cucu.

‘Dulu..’atuk mulakan ceritanya.’Masa OhNo dan sekutu memerintah,diorang banyak tolong kaum Ma untuk membangun.Diorang bukak ladang untuk peneroka,diorang bagi pinjaman untuk belajar dan buat bisnes,kerja kerajaan.Jadi,kaum Ma banyak terhutang budi,so undilah parti OhNo.Kalau tak,semua ni takde la.Lagi satu masa bawah diorang syok ooo.Banyak wayang dan rancangan Tv best.Masa tu paling best Akademi Fantasiut.Atuk ingat lagi time tu.Kalau bagi parti Peace menang mungkin Hiburan takde la.Tapi sekarang ni ada je ni.Cuma terkawal.Bagi diorang korupsi- korupsi,kroni2 ni,kezaliman ni pejam mata je.Demi keamanan.Tak suka la gaduh-gaduh ni.

‘ Atuk menyambung lagi,’Dulu,masa OhNo dan sekutu memerintah,semua media dia punya.TV,surat khabar.Nak tengok media lain sikit kena tengok internet.Internet masa tu cerita alternatif yang lain sikit macam Masakini,FreeMasaToday.Jadi,masa tu orang duduk rumah yang takde internet manalah nak tau konspirasi2 ni.Kalau diorang tahu pun,diorang malas nak fikir.Taknak gaduh2.Kalau bersuara sikit,penguasa dan hakim datang rumah tunjuk surat reman’.

‘Wah,melampau betul sampai hakim datang rumah!’,cucu terkejut.

‘Takdela,atuk saje cerita kasi gempak sikit’,ketawa atuk dan cucunya. ‘Atuk dulu buat bisnes,takdelah mintak tolong parti OhNo ni.Tu yang berani menentang mereka tu.Kalau tak,alamat tak dapat kontrak la.Habis tu,bila atuk dapat kontrak je diorang mintak sikit(rasuah),macam mana tu?Mana atuk tak bengang.Lepas tu diorang tak puas hati dengan atuk,diorang buat fitnah lak kata atuk ada pompuan lain.Atuk bengang so,atuk buat satu blog menentang diorang ni.Tak sangka boleh buat duit dengan buat blog politik je.Jadi bisnes lak.Dari duit tu atuk sikit-sikit simpan untuk besarkan bisnes.Ekonomi teruk dulu buat atuk terpaksa duduk kat flat ni.Kalau tak,kita duduk rumah banglo dulu la.’

‘Kira atuk ni dahsyat la masa tu’,kata cucu.

‘Apa dahsyatnya?’,atuk confuse.

‘Atuk boleh independent tanpa bantuan OhNo’,puji cucu.

‘Sebenarnya susah nak independent ni.Kena cekal,semangat dan yakin.Atuk dah banyak kali cakap kat kaum Ma yang lain,jangan asyik amik kontrak kerajaan je.Nanti susah.Diorang degil.Yela,nak buat macam mana.Dah itu cara bisnes diorang’,kata atuk.

‘Atuk buat blog tu blog fitnah ke?’tanya cucu.

‘Ish,tak baik tuduh atuk macam tu.Atuk buat blog cerita kebenaran.Nak jawab baik tuduhan-tuduhan tak baik yang diorang lemparkan pada atuk dan parti Peace’.

Atuk sambung lagi,’Dulu,kalau nak senang,jadi artis.Jadi artis memang kaya.Sebab tu ramai yang nak jadi artis walaupun dah pegang sarjana dan sarjana muda.Bayangkan gaji artis yang ada SPM je mengalahkan gaji akauntan atau jurutera syarikat yang ada certificate.Atuk teringat ada orang yang pergi uji bakat Akademi Fantasiut tak dapat masuk siap nangis-nangis tu.Punyalah nak masuk.Itu budak-budak universiti malas belajar tu.Dok tensen belajar,pastu kerja gaji start tak setimpal dengan keringat diorang.Pastu susah nak naik gaji lak tu.Pastu dok universiti,tak boleh bersuara lebih2 dalam politik.Budak tak masuk universiti pulak untung.Kesianla time tu budak universiti,tak boleh berpolitik.Diorang boleh belajar je.Tapi bercouple boleh lak dibenarkan kat universiti.Berpolitik tak boleh.Haram.Bagi kerajaan,couple tak menganggu pelajaran,politik menganggu pelajaran.’

‘Ish,pelikla kerajaan time tu.Ada lak macam tu.Patutla negara kita ni jahanam.Patutla takde pemimpin kaum Ma yang betul-betul berkaliber.Semuanya macam main-main je.Cakap pun macam tak power je.’,cucunya bersuara yang berkelulusan luar negara.

‘Kaum Ca,diorang bukan senang nak masuk universiti awam.Jadi,ada yang famili kaya tu hantar anak ke luar negara.Luar negara boleh berpolitik.Tak pun masuk universiti swasta.Tu diorang celik politik banding kaum Ma.Kat dalam negara Maya ni jangan harap la nak berpolitik.Kaum Ma ada gak pergi luar negara.Tapi sebab banyak yang biasiswa kerajaan,jadi balik kena kerja kerajaan.Kerja kerajaan tau la.Mana boleh bersuara lain sikit dengan parti OhNo.sape tak nak kerja kerajaan.Terjamin kot.’

‘Atuk,saya nak kerja kerajaan sekarang boleh tak?’,tanya cucu.

‘Boleh cu,atuk ni pun harap duit cucu atuk ni la.’

‘Jangan risau tuk,saya akan tolong atuk.Atuk pun dah banyak tolong saya dan mak ayah saya dulu. ‘Tapi jangan rasuah tau.Kerja kerajaan elok-elok’,nasihat atuk.

‘Jangan risau atuk,korup2 ni dah takde dah sejak kita tukar kerajaan.’,jawab cucu,seorang anak muda yang bersemangat waja.

‘Mana tau ada saki baki ahli korup parti OhNo dalam kerajaan tu.Diorang kan selalu buat kacau.’.jawab atuk.

‘Sekarang ni payah sikit tuk,dengar cerita pakai baju T OhNo pun tak boleh.Boleh kena tangkap masuk penjara.Pertubuhan haram katakan.’,jawab cucu.

‘Tu la,dulu tangkap sangat orang Clean tu.Diorang nak betulkan kerajaan,berlagak.Ego.Tak nak berunding.Tak nak bagi muka.Kan parti sendiri kena haram dah.Ekstrem sangat.Tak boleh bagi muka dah’.

‘Atuk,masa rakyat buat Clean tu,apa jadi ha?’,tanya cucu.

‘Kerajaan ‘clean’ habis semua orang Clean tu.Memang terukla kerajaan masa tu.Malas tok nak cakap.Semua institusi diorang gunakan mahkamah,polis,tentera,badan kerajaan,IPTA,NGO yang menyokong kerajaan,kumpulan samseng jalanan dan gangster.Semualah.Kalau boleh,pesawat Sukoi dan kapal selam pun diorang nak guna lah.Beli mahal tu.Mungkin rasa rugi kalau tak guna.’

‘Ish,saya tak faham la kenapa ramai orang masa tu masih undi parti OhNo dan sekutunya.Siap nak pakai pesawat Sukoi…’

‘Aduh,jangan lurus sangat.Pesawat sukoi tu saje nak kasi cerita gempak je.Dahla,off topik.Lain kali cerita lagi.Dah nak asar ni.Atuk nak pergi masjid.Jom’,atuk pergi bersiap-siap untuk ke masjid.

‘Saya ikut tok’,kata cucu sambil mengenakan kopiah putih dan terus beredar keluar rumah bersama-sama atuknya.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: