Kenangan di bulan puasa

Masa bujang dulu (lepas kerja dan duduk di rumah sewa), ada kenangan yang sukar dilupakan bila bulan ramadhan tiba. Masa ni, aku dan rakan-rakan serumah boleh dikatakan setiap hari berbuka di Masjid Putrajaya. Kitaorang sepejabat kecuali seorang. Seronok gak berbuka di sana. Mengeratkan silaturrahim sesama rakan serumah. Kalau lambat sampai, dapatla air dan kurma saja. Masa berbuka tu, ringan je. Kurma dan kuih.Tak makan nasi lagi. Lepas solat Maghrib, berebut keluar beratur nak ambik nasi. Rindu suasana masa tu. Kemudian, lepak sampai Isyak dan solat terawih terus.

Ada sesetengah orang tak berapa suka berbuka kat masjid,konon nampak macam sengkek sangat atau jimat kedekut keluar duit beli makanan. Tapi aku peduli apa. Sekurang-kurangnya kita mendekati masjid. Dapat pahala beriktikaf dalam masjid. Lepas kahwin ni, tak berpeluang lagi berbuka di masjid. Harap lepas ni masih berpeluang berbuka di masjid bersama rakan-rakan. Cuma ada perbezaan berbuka kat masjid kita ni.Kalau masa berbuka tu,boleh katakan semua makanan habis kalau lambat. Tapi kat masjidil haram,walaupun kita tak dapat tempat dalam barisan berbuka puasa dan tangan kita kosong tanpa makanan, tapi orang Arab ni rajin sedekah kurma. Mesti dapat berbuka dengan kurma punyalah.Banyak lak tu.Seronok.

 

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: