Dunia perkomputeran-awal pembabitan aku

Cerita pasal komputer,permulaan aku betul-betul terjebak dengan dunia perkomputeran ialah waktu aku kerja kat kedai Cybercafe abang aku.Masa tu lepas SPM.Masa aku gak tengah buntu memikirkan bidang apa nak diambil lepas dapat result SPM.

Mula-mula kerja banyak benda aku tak tau.Sampai nak print kertas pun terhegeh2.Siap ter’print’ banyak kertas tu (sebab klik ikon Print banyak kali).Sejak tu,aku belajar guna internet,chatting,email dan games.Lepas tu,aku amik keputusan untuk masuk kursus Sains Komputer.

Apa yang aku fikir Sains Komputer senang,takde Fizik Kimia mahupun Bio.Tak macam kejuruteraan.Masa tu,IT sangat demand.Jadi,aku fikir masa depan aku cerahla. Apa yang aku tahu pasal kursus Sains Komputer ialah buat program komputer.Itu je.Tak tahu cabarannya macam mana.Bajet senangla konon.Dah masuk baru tahu programming tu banyak pakai kepala otak.Core subject Sains Komputer ialah programming.Kalau tak tahu programming,jangan panggil diri budak Sains Komputer.Sebagai langkah asas,aku amik Diploma.Tak nak masuk Matrik sebab belajar macam kat sekolah balik.At least kalau tak dapat sambung ke Degree,ada gak diploma.

Malangnya kebanyakan yang masuk kursus Sains Komputer masa tu adalah budak yang tak dapat kursus kejuruteraan.Kira reject person la.Macam siut je kerajaan buat macam tu.Last2 budak-budak jadi malas belajar sebab dapat bidang yang tidak diminati.Kalau aku masuk kursus yang aku tak minat pun boleh jadi malas.

Aku bukan setakat belajar programming je,aku juga turut menimba ilmu daripada sahabat aku Anuar dalam bab memasang komputer dan membaiki.Tidak cukup setakat itu,aku telah melabur membeli majalah komputer Chips(masa tu baru meningkat naik) harga dalam RM9 supaya ilmu aku lebih advance.Memang aku masa tu gila komputer la.Lepas grad diploma,programming yang aku tahu C++,VB6 dan Access.Sape nak amik aku kerja kalau tahu ni je?Aku zero knowledge tentang HTML dan website.Apatah lagi PHP,JSP mahupun ASP.

Sambung Degree sehingga grad,aku tahu banyak sikit.Java,PHP,ASP.Cukupla untuk bekalan kerja nanti.Siap tolong budak buat projek lagi.Bolehla tu.Lepas grad,aku masuk training J2EE,jadi aku tahu nak coding JSP.Masuk tempat kerja,diorang bagi aku .NET c# dan ASP.NET.

Tapi tula,bila kerja tak semua ilmu kita pakai.Masa aku mula kerja,semua bahasa programming yang aku blaja tak berguna.Tapi sebab asas dah ada,bagi apa bahasa pun insyaallah boleh catchup.Sekarang ni lagi macam-macam.Graduan bukan sains komputer pun buat programming.Jadi,saingan makin panas.Tapi kerja dalam IT ni,ada kerja gaji lumayan mengalahkan jurutera dan ada yang biasa2 je.Nasibla rezeki masing-masing.

 Sekarang ni IT makin maju.Internet Marketing la,blogging la,bisnes internet la,sosial media la,website la.Huhuhu.Macam-macam.Demi survival,aku pun menceburkan diri sikit2 dalam salah satu yang aku bagitau tadi.Kalau ikut teori,aku nampak lebih advance sebab aku terdedah dengan komputer sejak 11 tahun lalu.Tapi yeke aku lebih advance?

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

6 Responses to Dunia perkomputeran-awal pembabitan aku

  1. najihah berkata:

    sye mmg mnt nk ambk sains komputer tp msh blur nk plh yg mne..multimedia @ IT..
    skrg tngh result spm..hope result ok then blh ambk course ni..🙂

  2. najihah berkata:

    *tngh tnggu

  3. jafni berkata:

    kalau course sains komputer better ambik IT.kalau nak ambil multimedia, better ambik under course grafik design, bukannya under course sains komputer.

  4. najihah berkata:

    kenapa better under course grafik design???under sains komputer ada jgak kan multimedia???

  5. jafni berkata:

    Sebab subjek multimedia dalam sains komputer menjurus ke arah coding dan macam mana grafik tu dihasilkan menggunakan komputer(aplikasi sains) manakala multimedia dalam grafik lebih kepada penggunaan aplikasi grafik(aplikasi) dan praktikal grafik. Semua subjek tu bergantung pada universti yg tawarkan course tu. Check dulu subjek2 setiap bidang.

  6. This design is wicked! You most certainly know how
    to keep a reader entertained. Between your wit and your
    videos, I was almost moved to start my own blog (well, almost.
    ..HaHa!) Great job. I really enjoyed what you had to say, and more than
    that, how you presented it. Too cool!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: