Cabaran hidup menjelang 2012

Tahun 2012 adalah tahun kritikal buat aku. Ini kerana bapa mentua aku dah bising kat isteri aku suruh cari kerja lain. Kalau tak, dia nak potong gaji isteri aku (isteri aku kerja dengan ayahnya secara online). Isteri aku tak nak cari kerja sebab nak jaga anak aku. Kalau boleh, dia nak buat kerja dari rumah macam bisnes online ke. Dia tak nak hantar anak ke rumah orang.

Dah macam-macam isteri aku buat. Jual kek coklat la, jual air coconut shake la, jual video sulam manik la, jual tupperware la. Aku rasa kesian gak kat dia sebab hasilnya tak seberapa. Masih tak mampu mencapai pendapatan yang membolehkan dia berhenti kerja dengan ayahnya. Gaji aku tak cukup nak beri duit sebanyak gaji bapa mentua aku bagi. Sebab dia pun ada hutang gak nak tanggung.

Kalau mak aku, dia suka menantu dia (isteri aku) duduk rumah jaga anak. Memang susah sikit dari segi kewangan, tapi hasilnya jadilah anak jadi budak baik macam aku ni(hahaha). Anak-anak lebih rapat dengan maknya dan ambil berat pasal maknya walaupun tak seberjaya macam orang lain. Anggota famili aku ramai yang jadi suri rumah dan jadi guru manakala famili isteri aku semua ibunya berkerjaya.

Pengalaman famili belah isteri menunjukkan anak-anak mereka yang ibunya kerja, semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan kebanyakannya ke universiti. Yela, bila kewangan stabil bolehla beri pendidikan terbaik untuk anak. Aku malas nak fikir mana satu betul,yang penting aku sebagai suami mesti lakukan sesuatu. Mana tau bapa mentua buat gila pecat isteri aku dengan harapan isteri aku cari kerja lain.

Aku tengah fikir tahun depan sama ada lompat kerja atau stay kerja tempat sekarang. Tujuannya untuk naikkan gaji aku dengan cepat. Jadi, sedikit sebanyak boleh aku bagi kat isteri aku, suruh duduk rumah je. Atau aku harus melakukan sesuatu terhadap blog aku secara agresif supaya ia betul-betul sukses dan mendatangkan income.

Kadang-kadang terfikir gak, adakah isteri aku menyesal kahwin dengan aku yang tak berapa kaya dan sukses ni? Atau adakah bapa mentua aku menyesal bermenantukan aku biarkan isteri yang ada ijazah duduk rumah buat kerja kerani selain jaga anak? Kini, aku dan isteri aku macam dipandang rendah oleh famili isteri aku. Maklumlah, dah la duit selalu sengkek,susahkan mereka lak tu. Apapun aku sokong niat mulia isteri aku – duduk rumah jaga anak.

Takpe, orang nak cakap apa pun aku tak ambil port pun. Hidup umpama roda. Hari ni mungkin putaran roda aku berada di bawah. Aku bukannya tak pernah sukses pun. Cuma Allah belum izinkan hari ni. Aku yakin doa aku di Hijr Ismail, Mekah akan termakbul. Aku sedang berusaha dan terus berusaha menjadi yang terbaik. Bak kata pepatah Arab, Man jadda wa jadda. Siapa berusaha dia berjaya.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: