Prestasi sepanjang 2011

Tinggal kurang seminggu lagi kita akan menyambut tahun baru. Pelbagai pengalaman pahit manis yang aku lalui sepanjang tahun ni. Ada yang dikatakan pencapaian dan ada juga kegagalan. 2011  merupakan tahun aku mula serius membuat blog. Aku serius sebab aku membeli domain jomsurf.com dan bayar hosting untuk setiap tahun serta semakin rajin post blog.

Pencapaian 2011

Blog jomsurf
Setiap bulan jomsurf menunjukkan peningkatan dari segi jumlah pageview yang dahulu hanya 5 pv dan kini dah capai ribu. Graf menunjukkan ia tidak pernah menurun setiap bulan walaupun kadang-kadang setiap minggu ada kala turun naik. Dari segi pendapatan tidakla sebanyak mana.

Kereta baru
Akhirnya setelah dua tahun kahwin, barulah merasa pakai kereta baru setelah memakai kancil. Kereta Faga FL yang baru ni memang tidak menghampakan kerana tak kuat makan minyak walaupun pakai auto. Good job Proton.

Kerja makan gaji
Aku masuk projek yang bagus dan banyak pujian diberikan kepada team yang aku join ni. Sedikit sebanyak aku pun dapat tempias sekali. Harapnya bonus masyuk la tahun depan ni selain mengharapkan kenaikan gaji yang banyak.

Pergi stadium pertama kali
Kalau korang perasan, aku banyak post pasal perlawanan Malaysia- Harimau Malaya. Tapi ni pertama kali aku pergi stadium masa Malaysia lawan Bahrain. Itu pun sebab dapat tiket free. Tapi aku tak tahan dengan bunyi bingit hon2 penonton menyebabkan aku pening dan demam terus sepanjang minggu tu. Aku MC seminggu tak pergi ofis. Sejak tu, aku taubat tak nak pergi stadium. Dahla kalah 3-2, demam pulak tu. Tengok TV lagi bagus. Boleh tengok playback.

Kegagalan/Dugaan

Fail exam
Pada tahun ni juga ada mengalami kegagalan. Aku gagal dalam 2 exam LOMA menyebabkan aku terpaksa bayar lebih RM700++ pada kompeni aku. Lebih menyeksakan, gaji aku dipotong(sebab bayar yuran exam yang gagal tu) ketika bulan posa dan raya.

Fail jual affiliate
Ada 2 affiliate yang aku sertai, namun gagal menjual satu pun walaupun kedua-dua produk berpotensi.

Blog kena hack
Jomsurf kena hack buat pertama kalinya semasa raya. Tapi dapat dipulihkan semula dan dibaiki keselamatan.

Fail buat projek Murni
Ada sorang kawan aku ni Murni namanya, dia suruh aku buat projek WordPress berkaitan dengan plugin. Pada awalnya ia kelihatan berjaya sampaila waktu nak deliver tu dia bagitau aku yang projek tu nak dijual kepada orang ramai. Masa tu aku tepuk dahi dan cakap plugin ni aku custom orang punya dan bukan kegunaan orang ramai.

Pelbagai usaha untuk custom code tu jadi sendiri punya namun sehingga hari ni tiada siapa yang mampu melakukannya walaupun programmer tu datang dari India, China dan Indonesia. Aku dan Murni habis banyak juga duit beli plugin untuk dicustom. Tak pulang modal. Aku tak tau Murni masih lagi jadi projek manager ke tak.

Duit banyak habis
Tahun ni banyak duit habis. Terutama dekat raya hari tu. Hanset rosak, servis kereta, bayar cukai taksiran rumah, beli plugin untuk siapkan projek. Huhu. Balik kampung dua-dua belah lagi.

Hosting Jomsurf crash
Nak jadikan cerita, 28 Disember 2011 merupakan tarikh bencana tsunami blog aku. Habis content aku November dan Disember 2011 tak dapat direstore semula selepas server Skali crash. Dah la semua hot topik. Memang skali tula aku langgan hosting korang. Bye-bye.

Kesimpulan
Kalau baca post Dec 2010 dahulu,aku target nak sambung belajar jika income online masyuk. Namun, tiada side income pun yang masuk. Jadi, bab sambung belajar tu fail. 2012 aku kena setkan sasaran aku. Orang cakap Think Big. Aku tengah fikir apa yang perlu aku capai tahun depan. Yang penting realistik.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

One Response to Prestasi sepanjang 2011

  1. loretta berkata:

    I’ve been browsing online more than 4 hours today, yet I never found any
    interesting article like yours. It’s pretty worth enough for
    me. In my view, if all webmasters and bloggers made good
    content as you did, the web will be much more useful than ever
    before.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: