Kawan aku offer aku kerja tapi..

Semalam, kawan aku Amir offer aku kerja kat HP. Dia kata ada position Linux developer. Jadi, aku jumpa dia malam semalam. Bawak pendrive untuk salin semua nota berkaitan. Dia yakin aku boleh buat Linux sebab aku ni programmer. Aku setuju memandangkan offer yang baik dan masyukk.

Balik tu, aku tengok nota2 Linux dan VMWare. Malangnya aku rasa aku tak boleh buat kerja tu dan hafal kebanyakan tips2 Linux dalam masa seminggu. Dalam hati aku cakap, ‘Ini bukan seminggu ni, setahun pun belum tentu aku mahir. Walaupun ia menjanjikan gaji yang mahal, tapi kalau hati tak tenang, serabut dengan benda2 teknikal ni buat apa ye tak. Aku rasa otak aku dah berkarat nak belajar2 ni, seriously. 

Kerja modified Linux ni memang menarik sebab aku memang suka alter2 sistem ni. Tapi nak study dalam masa seminggu, susah beb sebab aku tak pernah buat linux selain menjahanamkan komputer. Aku tak sanggup susahkan orang dalam team aku nanti disebabkan kemahiran aku tak seperti yang diharapkan. Aku kena cakap aku tolak offer tu.

Malam semalam juga aku dapat tahu seorang kawan kitorang sambung PHD. Wah, this is real from zero to hero. Dulu masa kitorang belajar sama, takdelah excellence sangat. Masa sambung degree tiba2 power. Tak tau dari mana dia dapat motivasi tu. Adakah disebabkan keluarganya yang susah? Aku nak sambung belajar pun fikir 2 3 kali memandangkan otak aku dah berkarat, lama tak buat programming yang berat2, lama tak study. Mana tau otak aku dah mula berkarat?Sebab exam LOMA aku tak lepas.

Amir ada suruh aku buat reunion. Cuma aku malu, sebab aku tak sukses dalam kerjaya padahal masa belajar aku lebih baik daripada kawan2 lain. Itula, orang kata kerja ni lain, belajar ni lain. Tak semestinya belajar cemerlang, kerja juga cemerlang. Rezeki masing-masing. Itulah aku boleh cakap.

Update: Bukan Linux Developer tapi Linux Admin.Hehe

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: