Atitud pelajar cemerlang SPM seharusnya diteruskan sepanjang hayat

SPM dah keluar dan berita pun temuramah beberapa pelajar cemerlang SPM. Aku kagum dengan pelajar-pelajar cemerlang ni kerana rata-rata sebelum SPM hingga tamat exam mereka terus menerus membaca surah yassin, solat hajat dan berdoa tak putus-putus. Namun, adakah mereka berterusan sebegini sampai bila-bila?

Aku fikir jika mereka teruskan hingga ke universiti, hingga ke bekerja dan hingga hari tua, aku yakin orang Islam kita maju ke hadapan. Tapi tak ramai yang mampu meneruskan atitud sebegini walaupun sampai ke menara gading. Realitinya ramai pelajar lepasan SPM sedar betapa besarnya cobaan yang menanti mereka bila mereka menjejakkan kaki ke menara gading.

Masa aku mula-mula universiti di Kuala Lumpur, aku jumpa ramai pelajar sangat cemerlang SPM. Otak mereka memang bijak, tapi mereka adalah super-pemalas di universiti. Culture shock kata orang. Sebaliknya pelajar yang sederhana keputusan SPMnya pula meneruskan kecemerlangan kerana mereka ni pernah gagal dan tidak ingin gagal lagi di universiti. Malah, ada pelajar cemerlang yang ditendang keluar selepas 1 semester di universiti. Mereka ini tumpas di medan seterusnya.

Memang tidak dinafikan SPM lah menjadi medan untuk kita meneruskan cita-cita samada layak menjadi doktor, peguam, jurutera, akauntan dan sebagainya. Kepada yang hampa yang mungkin cita-cita tidak akan jadi kenyataan, ingatlah perjalanan masih jauh. Anda tidak mungkin boleh jadi pekerja profesional tapi mungkin anda yang akan memberi pekerjaan kepada golongan profesional ini. Fikir-fikir.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

4 Responses to Atitud pelajar cemerlang SPM seharusnya diteruskan sepanjang hayat

  1. wan berkata:

    salam. kalo kena dismiss ipt lain boleh ambik lagi ke? contohnya private U MMU. dia ambik lagi? sebab ada sepupu saya baru je kena dismiss dari uia.

  2. jafni berkata:

    amik apa?amik SPM ke PTPTN ke atau sambung belajar?Kalau sambung belajar,tak semestinya private, sambung ke Uitm pun masih boleh lagi.

  3. wan berkata:

    dia SPM batch 2010. lepas tu dia masuk UIA. tapi takleh bawak subjek arab. lepas tu dia kena dismiss. then dia nak sambung kat private U, MMU. perlu la ambik PTPTN kan. boleh eh masuk UITM? dia nak ambik diploma dalam course IT.

  4. jafni berkata:

    boleh masuk uitm..banyak kawan saya kuar universiti awam masuk uitm kemudiannya.Boleh amik lagi PTPTN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: