Tips nak berjaya dalam blogging dan bisnes internet

Aku tengok kebanyakan orang yang popular dalam blogging ni terjebak secara tak sengaja (accidently). Kebanyakannya buat blog secara suka-suka dan kini menjadi berjaya dan popular. Lebih malang lagi, ramai sangat yang gagal dan kebanyakan yang gagal tu pula adalah orang yang betul-betul serius macam aku ni. Hahaha. Tak, sebenarnya blog aku tak gagal, tapi maju secara perlahan.

Kenapa susah blogging ni?
Dekat Malaysia ni, tidak ada model blogging yang betul-betul berjaya. Orang kata buat niche blog lebih baik, namun tak banyak blog yang berjaya. Setakat ni, niche blog hiburan paling laku di Malaysia, sama seperti di US. Blog hartanah dan kewangan juga popular. Yang paling aku tak faham ialah blog yang tulis macam-macam ni. Kejap pasal bola, kejap pasal makan, kejap pasal kereta, kejap nasihat tapi berjaya.

Ada yang lebih teruk, hiburan yang lagha dan agama bercampur-campur. Jadi, untuk beginner macam aku dan orang luar sana yang masih baru, adakah masih berpeluang untuk berjaya dan memintas jenama-jenama besar blog?

Kenapa orang berblogging
Blogging ni adalah teknik 100% percuma untuk membuat duit di internet. Dua jenis blog percuma paling popular ialah blogspot dan wordpress.com. Jika anda lebih serius, beli domain dan hosting dan setup wordpress.

Do what you do best
Ini adalah tips untuk memulakan blog atau apa-apa bisnes pun. Jika anda pandai memasak dan membuat cupcake, buat blog mengenainya. Secara tak langsung, anda mempromosi bisnes anda secara tak sengaja. Jika anda pandai bahagian programming, kongsikan tips-tips programming dan penyelesaian ralat-ralat yang anda jumpa.

Aku percaya benda ni sebab ada sorang mamat ni membuat blog berdasarkan apa yang dia pakar buat dan nak tahu apa hasilnya? Kurang 2 tahun, dia berjaya menarik perhatian blogger-blogger besar dan kini langkah dia lebih laju dalam bidangnya.

Takde apa-apa pengalaman untuk dikongsi
Aku masih muda dan takde pengalaman,macam mana nak tulis blog? Itulah pendapat sesetengah orang. Walaupun ada setengah blog jenis suka copy paste dan suka taip berita, tapi aku tak galakkan. Ini kerana ia akan mengurangkan nilai jenama blog anda. Jadi, apa yang perlu perlu dilakukan?

Bisnes internet
Jika anda ingin membuat duit melalui internet, tak semestinya buat blog. Blog ini hanyalah salah satu cabang bisnes internet dan platform yang memperkenalkan sesuatu jenama atau salah satu teknik mempromosi sesuatu. Anda boleh belajar rahsia bisnes internet sehingga menjadi jutawan.

Nanti aku akan terangkan macam mana..(bersambung).

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: