Menyambut kelahiran bayi perempuan

Aku berada di KL manakala isteri aku di Kuantan. Pagi pukul 5 pagi, 22 November 2012, isteri aku telefon aku cakap dia tengah sakit nak beranak. Kelam kabut aku. Masa tu aku tidur di rumah kawan, Hakimi di Selayang. Yang paling best sekali, aku bermimpi isteri aku cakap dia tengah sakit nak beranak. Aku pun tersedar daripada tidur. Dalam mamai tu,aku dengar bunyi telefon tengah berbunyi dalam kocek seluar nun jauh tersidai. Lepas tu, aku tengok jam menunjukkan pukul 5.15 pagi,apa lagi terusla melompatla aku angkat telefon. Biasanya telefon pagi-pagi ni kecemasan je.

Tepat sekali jangkaan aku. Isteri aku sedang sakit nak beranak. Terus pergi mandi dan siap-siap balik rumah sendiri. Pukul 5.45 terus aku gerak rumah abang aku at Selayang. Bajet nak ambik air selusuh. Tapi ketuk-ketuk pintu tak ada orang bangun. Fikir-fikir balik, baik balik rumah je. Bukan sempat pun nak bagi kat isteri aku minum. Lagipun isteri aku bagitau bukaan dah 4 cm.

Mengikut pengalaman lalu, isteri aku ni tidak mengambil masa yang lama sangat nak beranak kalau bukaan dah 4 cm. Dalam 3 jam je lagi boleh beranak dah. Pukul 7.30 pagi aku terus gerak dari KL. Walaupun tau tak sempat berada di bilik bersalin, kena gerak awal, kalau tak, sangkut kat jem.

Sumaiyah binti Ahmad Jafni

Tepat sekali jangkaan aku lagi. Aku memang bajet sebelum pukul 10, dia akan beranak walaupun doktor kata dalam pukul 1 isteri aku akan beranak. Alhamdulillah, isteri aku selamat melahirkan bayi perempuan 9.25 pagi 22 Nov 2012. Aku dan isteri sepakat menamakan bayi perempuan ni Sumaiyah. Cukup dah sepasang anak aku. Kali ni isteri aku beranak kat Darul Makmur Medical Centre, Kuantan. Harganya berpatutan sama macam An-Nur. Tapi hospital ni baru buka, jadi ada diskaun. Sumaiyah

Secara kebetulan, tarikh Sumaiyah lahir sama dengan tarikh opahnya lahir. Kongsi hari jadi.

Muhammad pada awalnya tidak dapat terima hakikat yang terpaksa berkongsi kasih ibu dengan adiknya

Muhammad pada awalnya tidak dapat terima hakikat yang dia terpaksa berkongsi kasih ibu dengan adiknya.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

4 Responses to Menyambut kelahiran bayi perempuan

  1. auniidris berkata:

    Salam tuan,masa bersalin tu doc yang sambut doc pompuan ke doc laki? boleh book doc tak kat dmmc ni?

  2. jafni berkata:

    Ikut shif doktor.Doktor lelaki ada seorang je.Boleh kalau nak book doktor.

  3. Amy berkata:

    Salam,
    Nak tahu service dekat DMMC ni okay tak berdasarkan pengalaman?

  4. jafni berkata:

    Baru first time kat sini.Ok kot sebab nurse tak sibuk sebab tak ramai orang.jadi nurse boleh concentrate jaga anak kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: