Cubaan membaiki Samsung Galaxy Tab 10.1 yang pecah

Aku suka kalau dapat baiki barang elektronik sendiri macam komputer ke, hanset ke, tablet ke. Baru-baru ni, anak aku Muhammad buat skrin tablet Tok Aki dia pecah. Ayah mentua terus pergi kedai Samsung kat Kuantan nak repair. Nak tau berapa kos menukar skrin depan original tablet Samsung Galaxy Tab 10.1? RM800!

Secara kebetulan, aku pergi Lowyat nak cari tablet untuk kakak aku. Sambil jalan-jalan tu, aku pergila ushar harga komponen skrin tu. Kira-kira dalam RM250-350. Aku bagitau isteri aku pasal kos repair kat Lowyat dalam RM350 je. Balik je Kuantan terus ayah mentua aku bagi tablet yang dah pecah tu kat aku suruh pergi baiki kat Lowyat.

Rupa dalam tablet tersebut.

Rupa dalam tablet tersebut.

Jadi, sebelum aku pergi baiki, aku cuba ceraikan tablet tu. Konon-konon nak baiki. Selain tu, nak ambik maklumat dalam tablet tu, takut tukang repair tu curi apa-apa komponen. Masa tu aku kat rumah Hakimi kat Selayang. Jadi, dia tolong sama ceraikan tablet tu sambil menonton tutorial membaiki tablet di youtube. Susah juga rupanya. Akhirnya aku ambik keputusan untuk menghantar ke Lowyat. Biarlah pakar membaikinya.

Perihal jafni
Full name is Ahmad Jafni bin Abdul Hanan. Work as computer programmer. Also working on blog Jomsurf.com which not popular yet but will become popular later.Hehehe.What I wrote in this blog are just opinion and cannot be used as point to debate and please take it with open mind.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: