New achievement jomsurf blog after a year self-hosted

Congratulation to jomsurf blog. Yesterday, the graf showed jomsurf has reached new level of pageviews and visits count after a year self-hosted. Even though Facebook fan pages not so many people click ‘LIKE’, but they are LIKE the page honestly, not because I persuade them to like my pages.

Last month (May2012) also showed, jomsurf blog now easy to visible in front page of Google search engine using killer keyword such as ‘hack facebook account’ and ‘how to download from tonton’. Now I face new problem-how to keep the blog post consistently so that it is always relevant and really interesting.

Great award- Global award from Manulife

I working with not more 2 years in MTS. But today my team and I received awards Global Information Services Innovation Award from Manulife Financial. It is global, not local award! Thanks to the team member who done the great job until get this recognition. It is long time I’m not receive award since primary school. Hahaha. Before coming to get the award, I saw the person who bring all the gifts in Mac plastic bag.

‘No way. Is it iPad?’

Very excited but finally, get to know that it is not iPad. Company won’t give a iPad for your achievement. They must give something that can give some motivation or bring more productivity to the company. That’s how my mind was thinking.

Tak boleh nak blogging

Minggu ni internet aku jadi slow yang amat sangat sebab fair usage data aku 6GB dah habis.Blog ni dan Jomsurf aku tergendala buat seketika.Mungkin gara-gara guna VPN ofis,tengok youtube  dan download cerita korea dan software. Sekarang tengah kira-kira nak ambil P1 Wimax. Harapnya OK la signal kat rumah aku ni.Kalau P1 Wimax OK dan laju gile, terus aku terminate Maxis Broadband aku.Hahahaha.

11 Formula Kejayaan!

oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Teruskan membaca kiriman ini

Bantahan PSSMI 7 Mac-apa tindakan kita?

Salam..dah lama tak menulis disebabkan ketiadaan internet di rumah dan kesibukan kerja di pejabat. Ketidaktentuan politik negara ini menyebabkan banyak isu yang timbul. Namun, isu lama seperti PSSMI kembali ‘mengganas’ setelah mendapat sokongan ramai tokoh-tokoh akademik Melayu dan sebahagian bukan Melayu. Beberapa siri rundingan telah dijalankan, namun kerajaan tetap berdegil meneruskannya.Antara alasan popularnya ialah kerana kerajaan dah habiskan banyak wang untuk projek PSSMI. Ok,fine. Kita berhenti cerita PSSMI. Apa yang cuba aku tulis bukan mengapa PSSMI perlu dibantah dan apa rasional kerana dah ramai sangat cerita keburukan kesan PSSMI berserta hujah-hujah yang mantap.

Apa yang mahu dibincangkan di sini ialah apa tindakan kita jika kerajaan bersetuju mansuhkan PSSMI? Adakah kita terus dengan dunia kita atau menggiatkan usaha perkayakan karya bahasa melayu?Kita tidak kurang novel,buku agama dan sastera karya bahasa melayu, tetapi kita kurang karya sains dan teknologi dalam bahasa melayu. Sebab itu wujudnya PSSMI. Bukan kerana PSSMI ingin membuat orang pandai bahasa inggeris, tapi kerana kemajuan sains dan teknologi yang pantas menyebabkan bahasa Melayu ketinggalan dalam ilmu ini. Mengapa ini terjadi?Mengapa bahasa Melayu ketinggalan dalam ilmu sains dan teknologi?

Pertama: Sebab orang Malaysia malas menulis dalam bahasa melayu. Tidak kira buku ke apa ke.

Kedua: Kurangnya budaya ilmu.

Ketiga: Orang Melayu terutamanya jenis tak ambil kisah hal2 ni..seolah2 slogannya ‘xkisah ko nak buat apa pun,asalkan kita maju’.

Keempat: Kurang aktiviti kesarjanaan dalam bahasa Melayu

Itu beberapa sebab je yang boleh saya diberikan. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tindakan kita? Perbaikilah sebab-sebab itu. Bukan kerajaan sahaja perlu bertindak, tetapi kita semua bersatu memperkasakan semula sehingga menghasilkan gelombang revolusi dan anjakan paradigma.

200,000 bakal dibuang kerja?

Banyaknya orang kena buang…sila baca surat khabar Utusan hari ini 20 Jan. Apa tindakan yang harus kita buat selaku pekerja biasa(makan gaji)?Mengapa terjadi begini?Sape suruh naikkan harga barang harian. Kan kita dah takde budget beli benda lain. Kempen berjimat cermat tidaklah berkesan pada masa ini kerana ia menyebabkan menguncupnya beberapa sektor industri akibat kurangnya permintaan. Kecuali duit tu digunakan untuk membeli aset yang bernilai seperti emas.kerjaxde