Tiada pilihan bahasa Melayu di Malaysia

Secara realitinya, negara kita tidak mempunyai pilihan bahasa Melayu dalam internet walaupun penggunanya ramai. Ini adalah salah satu contoh daripada website Paypal. Hanya English pilihan kita. Secara perbandingan kita lihat pilihan yang ada untuk negara jiran.

pilihan-bahasa-indonesia pilihan-bahasa-malaysia

Over 500,000 blogger in Malaysia?

This figure is according to amanz.my. Huh? So many people have blog right now. How come I want to beat them all and become top 10 (at least) in Malaysia? Even though the number of active blog still remain unknown, but we can assume that maybe 10% of them are active (based on facebook blogger group). Means 50,000! Still many to beat. Urghhhh. Now, my target become almost impossible. But I never give up.

Pencapaian baru blog jomsurf 24-08-2011

Semalam merupakan rekod terbaru dicipta oleh blog Jomsurf apabila mendapat pageview tertinggi setakat ni setelah hampir 10 bulan berblogging.Walaupun pageviews tak sehebat blogger otai yang lain,tapi bagi aku kejayaan kecil ni sungguh bermakna sebelum kejayaan lebih besar.Macam ada satu viral lak.Padahal tak buat pe pun.Just post at my own wall di Facebook.

Semua pengunjung datang dari Facebook.Maksudnya blog aku sudah mula dikenali(tulis dengan muka perasan) oleh rakan2 Facebook.Aku tak buat duit pun dari blog ni.I’m just like to share knowledge with others.At the same time,i’m also gain new knowledge.This is miracle of sharing knowledge.You give and you will get more.Knowledge never wasted.

Perhh..tiba-tiba tulis orang putih.Hahaha.Ok,jangan lupa click Like kat jomsurf blog tu.Sokongan anda memberi semangat kat aku untuk menulis artikel2 terbaik dan fantastik.

Kedudukan top post berubah akhirnya

Setelah mengungguli top post selama beberapa bulan dan tahun lamanya, akhirnya post Restoran Pak Ya:Chinese Muslim Food jatuh sehingga 8 anak tangga dalam kedudukan post paling popular dalam blog ni.Topik paling hangat kini ialah Malaysia kalah dengan Singapura 3-5. Dapat komen pun yang hangat2 dan panas.Apapun,keep it cool. Rilek.Jangan emosi2 ye.Apapun,aku dapat tau sebab apa post tu mendapat sambutan melalui Google search. Ranking pertama dalam google search tu!

Murahnya sepuluh ringgit

Hari ni aku pegi berjalan-jalan. Beli barang sikit kat Giant. Aku hanya bawak RM50 je. Tapi barang sikit je yang beli. Baki hanya sekitar RM40 RM10. Pastu aku terfikir, nape jadi macam ni. Aku dapati nilai RM10 dah macam RM1 masa dulu-dulu. Maknanya,kita boleh beli satu dua barang je dengan nilai RM10.Perhatikan

  • Makan tengahari-RM5 (itupun kalau takde air, kalau tambah air-RM6)- sekali atau dua makan je. Tak boleh belanja kawan makan kalau ada RM10 je
  • Majalah kereta atau komputer-RM10 – Satu item je
  • Kalau suka minum milo atau horlick, beli pack sekitar lebih RM5 -satu item je
  • Majalah Komik macam Gempak ke, Ujang ke- RM4.2-4.9 satu atau dua item je
  • Buku ilmiah -boleh dapat ke dengan RM10?Buku kecik je kot
  • Beras 5kg-tak dapat beli dengan RM10
  • Ubat gigi – 2 item je dapat
  • Gunting rambut- untuk diri sendiri je dapat (nasib tak kerap)
  • Minyak masak – satu item je kalau beli botol 2-3 kg
  • Baju,kasut -tak dapat
  • Minyak motor -EX5 dua kali isi je, ada setengah motor satu tank RM10
  • Minyak Kereta-lagi senang nak habiskan RM10
  • Topup Touch n Go atau Prepaid HP
  • Pergi ke KLCC pegi balik naik LRT dari Bandar Tasik Selatan untuk diri sendiri sahaja- RM1.7 x 2 + RM 1.6 x 2=RM6.60 (baik aku naik moto)
  • Tiket bas balik kg -contoh Teluk Intan atau Kuantan – tak cukup dengan RM10
  • Naik teksi dari stesen LRT BTS ke kawasan apartment bandar tasik selatan  sekitar RM5-ikut nasib
  • Tiket wayang

Sebenarnya banyak lagi. Tapi tak larat nak senarai. Ada di antara senarai di atas tu bukan keperluan. Jadi, kalau kita abaikan bukan keperluan tu, maksudnya kita pergi kerja balik kerja, makan dan hujung minggu duduk rumah diam-diam. Pastu lama-lama jadi sengal.Wakakaka.

Apa maksud jism dalam bahasa inggeris?

Ni adalah nasihat untuk para peniaga atau sesiapa yang berminat untuk membuka blog. Sememangnya nama produk tu sangat penting agar supaya orang mudah ingat. Nak bagi nama kepada anak pun kena baik-baik, nak bagi produk atau domain apatah lagi.

Korang mesti tanya apa yang saya membebel ni? Ni kesnya. Aku terbaca blog Aidid Muaddib mengenai produk Dr Jism mengenai maksud JISM tu sendiri. What? Maksudnya adalah air mani? Err, aku pun tak sanggup nak sebut. Tapi aku pun search dalam internet untuk mencari kebenarannya dan hasilnya tengok gambar di bawah.

Sumber asal: jomsurf

Teruskan membaca kiriman ini

Celcom atau Maxis Broadband?

Antara celcom broadband dan Maxis broadband mana yang lebih baik? Ini persoalan yang kadang-kadang memeningkan kepala pengguna internet di Malaysia. Macam mana nak tahu ni samada celcom lebih baik atau Maxis? Sebenarnya bergantung pada tempat anda. Kalau tempat anda, coverage 3G untuk dua-duanya pun tak ada, tak guna jugak. Nanti anda salahkan broadband kat Malaysia ni teruk la apa la. Jadi, sebelum anda melanggan broadband, pastikan coverage 3G ada di tempat anda. Anda boleh check di laman web provider. Dalam kes saya, saya check coverage 3G melalui handphone saya K800i Sony Ericsson. Kalau saya guna celcom, signal 3G nya kejap ada kejap tak ada macam biskut da. Tapi kalau Maxis,3G sentiasa ada. Mujurla saya ada dua sim kad dari dua company ni. Dan saya telahpun memakai kedua-dua broadband ini di rumah saya. Dan semestinya Maxis broadband sesuai digunakan di rumah saya. Streamyx? Oh, ini broadband saya paling suka sekali untuk download mendonlod ni. Stabil dan unlimited. Laju pun boleh tahan kalau 1Mbps. Tapi rumah saya yang baru ni tak boleh pasang streamyx atas sebab-sebab yang tertentu. Kecewa. Tengah tunggu kabel fiber optik pasang kat area rumah saya tahun depan( orang TM point tu cakap la).Pakejnya pun dijangka menarik tertarik kau memang da bomm.