Apa perlu buat bila gaji masuk

Ada beberapa cara untuk menyelamatkan duit daripada terpakai ntah apa-apa ntah. Salah satunya ialah membuka beberapa akaun bank dan kategorikan akaun tersebut mengikut keperluan anda. Setiap akaun perlulah ada internet banking untuk memudahcara kerja-kerja membayar atau memindahkan duit atau menyemak baki.

Cara nak mengkategorikan akaun

Bergantung kepada akaun pinjaman kad kredit/kereta/rumah
Abu membeli rumah dengan menggunakan pinjaman bank C dengan installment bulanan RM400. Jadi, buka satu akaun simpanan bank C serta perbankan internet sekali. Jadi, bila gaji masuk, pindahkan jumlah bulanan installment 400 ke akaun bank C(ada caj jika interbank transfer).

Dulu masa saya kerja, saya ada 4 kad kredit (masa tu tiada limit kad kredit) dari berlainan bank atas sebab-sebab tertentu. Apa saya buat untuk memudahkan tugas saya kemudian hari ialah dengan membuka keempat2 akaun bank berserta internet banking sekali. Ia memudahkan saya membayar kad kredit tersebut tanpa terlepas tarikh cycle.

Menyediakan sampul surat untuk setiap perbelanjaan

Bila dah kerja atau dah berkahwin, biasa tak kita tertanya2 mana pergi duit gaji bulan tu habis? Biasa kan. Itu sebabnya kita tak bajet perbelanjaan kita setiap bulan. Apa yang kita boleh buat ialah buat sampul surat duit untuk setiap bajet kita. Contohnya sampul surat pertama adalah bajet untuk makan tengahari di ofis, jadi kita bajet purata kita makan tengahari setiap hari x 22 hari bekerja  cth: RM10x22=RM220.

Sediakan excel spreadsheet

Buatlah satu list bajet dan juga perbelanjaan dalam excel spreadsheet. Yang ni kena pandai guna formula sikit untuk buat pengiraan.

Mobile apps yang berkaitan

Kita boleh install apps berkaitan dengan bajet dan perbelanjaan dalam telefon pintar. Memang senang nak monitor, setiap perbelanjaan, terus tekan apps tu dan masukkan jumlah dan kegunaan. Nanti hujung bulan terus check total amount perbelanjaan kita.

Cara-cara mengatasi kesempitan wang

Zaman kian mencabar. Baru tengah bulan dah sengkek. Banyak perkara dihabiskan dengan wang. Jadi, bagaimana nak mengatasi jika duit makin berkurang?
1. Cari kerja lain yang gajinya lebih banyak daripada sekarang
2. Buat kerja tambahan macam jual burger ke
3. Kurangkan komitmen bulanan, contohnya guna telefon prepaid,terminate astro,tutup aircon,terminate data plan
4. Kurangkan bersiar-siar di hujung minggu. Duduk rumah diam-diam
5. Jadi vegetarian,makan sayur je
6. Jika beli makanan nasi campir mintak diskaun.
7. Banyak minum air kosong

Sekian petua ngarut daripada admin

Review sebuah Yahama Lagenda 115ZR 2014

Tahun ni aku dapat merasa menaiki Yamaha Lagenda 115ZR 2014. Motosikal moped jenis ZR yang diminati ramai ini kini tampil dengan enjin injection. Motosikal ni memang sedap ditunggang, lancar dan mantap. Dari segi rekabentuk, macam LC lama. Ramai salah anggap ia adalah Yamaha LC bila sekali pandang dari sisi, tapi dua kali pandang baru perasan Legenda.

Lagenda ZRLegenda ZR hanya ada satu warna je. Ala-ala GP edition atau Yamaha Racing. Ramai yang berminat beli motor ni sebab enjin injection. Jimat minyak katanya. Tapi bila aku ‘test ride’, boleh dikatakan jimat jugak kalau nak banding motor EX-5 aku dulu tu.

Meter

Meter ZR

Sebab dulu pergi balik kerja naik motor EX-5, 2.5 hari dah kena isi minyak ron95 sebanyak 4.50. Total 5 hari kena isi 3 kali. Cincai dalam RM15. Sekarang, pergi balik kerja, isi minyak dalam RM6.5, hari ke -5 baru isi balik. Total 2 kali isi. Total dalam RM13. Jimatla RM2.= 1 liter minyak! Rasa jimat kalau jangkamasa 30 hari tu dapatla save sepuluh ke dua puluh ringgit. Dari segi speeding, memang nampak perbezaan kalau pakai minyak ron95 dengan ron97. Ron97 lebih smooth dan pickup tapi tak menjimatkan minyak. Kalau rasa nak jimat minyak, ron95 la. Tapi terasa kurang sikit pickup tapi still acceptable. Sebenarnya, minyak kuat atau tak, bergantung pada penunggang moto tu sendiri.  Apapun puas hati.

Bolehkah orang yang zero jadi jutawan

Mengikut perkiraan aku, tiada orang yang bermula dengan RM kosong. Jika ada yang mendakwa dia memulakan perniagaan tanpa sebarang modal, percayalah dia seorang yang penipu. Aku fikir, macam mana sekalipun, mesti ada kos di sebalik perniagaan dia tu. Sebagai contoh, buat duit secara online. Memang tidak mustahil kita jual barang tanpa perlu beli stok, tapi kita perlukan internet, sebuah komputer atau pergi cybercafe dan bayar perjam. Itulah modal kita sebenarnya yang paling minimum.

Aku pernah dengar seorang pakar bisnes ni berkata, kalau nak dapat duit, kita kena keluar duit dulu. Tak kira duit itu untuk tujuan beli stok,promosi mahupun menambah ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan. Itu prinsip asas perniagaan. Tapi tak semestinya keluar duit lagi banyak, boleh jadi lebih kaya sebab sifir dia tak semudah itu.

Mungkin zero yang dimaksudkan di sini ialah orang biasa-biasa dan duit cukup-cukup makan dan tak banyak simpanan. Aku rasa kerja makan gaji ni senang sebab kita hanya perlu urus kerja yg dilakukan dan macam mana nak tingkatkan kemahiran. Tak perlu fikir hal-hal lebih rumit dan jatuh bangun syarikat (kalau syarikat tu stabil). Tapi boleh jadi susah sebab semuanya terikat dari segi masa, kerja, peraturan syarikat dan tiada kebebasan untuk bersantai-santai.

Macam mana pulak kerja sendiri? Ramai yang sangka kerja sendiri(self employed) ni seronok sebab BEBAS. Tapi sebenarnya sangatlah tak seronok sebab semuanya bergantung diri sendiri. Mungkin kalau kerja makan gaji, kita boleh buat malas dengan ambil MC tanpa ada kena potong gaji. Tapi kalau kerja sendiri, kalau malas langsung tak dapat apa-apa. Sakit-sakit pun terpaksa bekerja sebab takut rugi dan pendapatan kurang.

Susahnya mengubah pemikiran

Oleh kerana kebanyakan ahli keluarga termasuk sedara mara terdekat bekerja makan gaji, jadi untuk mengubah diri menjadi usahawan menjadi satu cabaran yang sangat hebat.

Ini kerana kita sendiri tiada contoh teladan yang hampir dengan kita. Bermula dengan memilih rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, dapat membantu kita dalam mengubah pemikiran.

Media sosial menjadi medan terbaik untuk kita untuk mendapatkan rakan-rakan yang sesuai dengan minat kita. Contohnya, jika kita ingin menjadi blogger, rakan-rakan dalam senarai media sosial juga haruslah ramai yang blogger.

Begitu juga dengan minat menjadi usahawan. Kalau kita memilih rakan-rakan yang bukan usahawan, ia kurang mendorong anda menjadi usahawan. Tapi jika anda bijak, rakan yang bukan usahawan ni berpotensi menjadi pembeli di kemudian hari.

Azam yang tinggi merupakan salah satu cara untuk mengubah pemikiran kita menjadi orang yang hebat. Jadi, tidak terlambat lagi sekiranya anda baru meletakkan azam tahun baru malah digalakkan anda memperbaharui azam anda setiap bulan, bukannya setiap tahun!

Meniru tak semestinya tak baik

Bila sebut meniru je, mesti rasa negatif lebih daripada positif. Ini kerana kita dah terbiasa dengan sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan yang melarang kita daripada meniru.

Tapi sebenarnya meniru ni ada positif dan negatif. Cerita pasal MENIRU CARA POSITIF ni, dalam Islam pun membenarkan kita meniru iaitu Meniru tingkah laku baik Rasulullah SAW, para sahabat dan alim ulamak mengikut zamannya.

Setiap orang mesti ada idola. Biasanya idola kita adalah orang yang berjaya. Bila kita melihat seseorang itu berjaya dalam apa jua bidang, apa yang kita perlu buat hanyalah meniru apa yang dia telah lakukan.

Sebagai contoh, masa zaman Rasulullah, oleh kerana para sahabat begitu ingin meniru perbuatan,percakapan Rasulullah yang menjadi idola mereka, mereka BERGURU dengan Rasulullah sendiri selain mengingati segala sabda dan perbuatan yang dikenali dalam Islam sebagai Sunnah Nabi. Dari situ mereka mendapat tips-tips bagaimana berjaya di dunia dan akhirat.

Contoh lain, 150 tahun dahulu, negara Jepun hanyalah negara biasa sahaja macam negara Asia lain, tidak seperti Britain,Eropah dan Amerika Syarikat yang giat menjalankan industri dan mencipta peralatan moden. Namun, selepas mengalami transformasi, rakyatnya mula meniru satu persatu apa yang dilakukan oleh negara Barat sehingga penciptaan kapal terbang perang yang telah mengejutkan kuasa besar ketika itu. Lama kelamaan, hasil peniruan itu dikembangkan menjadi lebih baik daripada barang yang ditiru menjadikan Jepun kini peneraju ekonomi dunia.

Begitu juga dengan kita. Jika mahu berjaya macam orang itu, kita kenalah BELAJAR apa yang dia telah buat. Katakan Gobala berjaya Membuat Duit Dari Rumah sahaja, dan kita juga teringin nak buat duit dari rumah, kenalah belajar dari Gobala. Secara tak langsung kita tiru dia apa dia buat bukan?

MENIRU CARA BIJAK adalah menghasilkan produk yang sama dengan kualiti dan penambahan elemen baru pada produk tersebut. Contohnya, anda boleh menghasilkan duit melalui Facebook dengan kos sangat rendah tapi memberi pulangan yang sangat lumayan berbanding TeknikFBO ni, mungkin anda boleh hasilkan produk informasi teknik pemasaran Facebook yang lebih baik daripada TeknikFBO.

Jadi, jika kita mahu berjaya dalam bidang tertentu, FOKUS pada individu atau organisasi yang telah berjaya, penuhi ILMU di dada dan LAKSANAKAN apa yang telah kita belajar daripada mereka.

Pengalaman Konvensyen Pakar Bisnes Internet Part 2

Dalam konvensyen ni, aku banyak belajar psikologi usahawan internet ni. Antaranya ialah kalau kita nak buat duit, kita kena keluar duit(investment) untuk belajar. Sebagai contoh, kalau kita nak kaya dalam buat pelaburan hartanah, kita kenalah keluar duit untuk pergi seminar,beli buku dan berguru. Kalau kita laburkan duit untuk ilmu, kita akan dapat pulangan insyaallah. Semua pakar bisnes internet ni belajar dan berguru. Ada yang sanggup habiskan beribu-ribu untuk sesuatu ilmu.

Kedua ialah networking. Bisnes tak boleh jalan kalau tak ada rangkaian (networking) atau rakan-rakan bisnes. Dari situ, percambahan idea dan perkongsian ilmu datang sendirinya.

Ketiga ialah penjenamaan. Kebanyakan otai-otai ni sudah dikenali dalam grup bisnes internet. Ada yang pakar lelong dan ebay,ada pakar ebook,pakar buat fb ads dan macam-macam lagi.

Keempat ialah mental kena kuat dan fokus. Tak buat kerja separuh jalan.

Kelima ialah mereka tak buat semua benda. Contohnya kalau kita nak buat bisnes website, kita tak perlu belajar buat website. Kita hanya cari programmer untuk lakukan bersama kita. Janji ada modal.

Keenam ialah pendapatan pasif. Kebanyakan mereka yang menjalankan bisnes internet ni ada pendapatan pasif untuk survival selain pendapatan aktif.

Huh? Tak sangka banyak jugak aku belajar. Sekarang ni minda aku dah bertukar 180 darjah daripada biasa.