Bandaraya di atas air

Aisberg kini semakin mencair dan paras air laut semakin meningkat. Buktinya kita boleh lihat sekarang setiap tempat mengalami fenomena banjir. Yang terbaru sekali di Queensland, Australia, tempat kakak aku belajar. Bagi orang yang duduk di kawasan rendah, sudah tentu rasa tak selamat. Namun, sebuah firma arkitek iaitu Architect Vincent Callebaut telah datang dengan satu idea yang menarik iaitu konsept Lilypad, iaitu satu bandaraya yang terapung di lautan yang boleh menampung seramai 50,000 penduduk. Sekali tengok dah macam stadium da.

Diperbuat daripada plyster fibers disalut dengan titanium dioksida, dikatakan kota terapung ini mesra alam. Ia mempunyai tiga ‘bukit’ yang menunjukkan tiga tempat iaitu tempat bekerja,kedai dan tempat berhibur. Tempat tanaman berada di aras bawah laut. Hmm, kalau jadi la buat bandar ni, mampu ke orang biasa beli? Mesti mahal kan?

Kredit imej dari gizmag

Gambar PSP Go keluaran Sony terbongkar

pspgo

Credit: Eurogamer.net

Hai, kembali dengan tajuk teknologi setelah lama membincangkan topik politik yang tak berapa nak best dan cerita penulis. Hari ini, saya terjumpa satu artikel yang memaparkan gambar PSP terbaru keluaran Sony -nama PSP Go. Kepada peminat PSP, keluaran terbaru pastinya dinanti-nantikan bagi menghiburkan hati yang duka disebabkan iklim ekonomi dan politik yang berapa nak syok ni. Kerana PSP ini bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak dan remaja malah orang dewasa. Saya minat-minat gitu je, tak beli pun. Saya dah tak berapa main games ini sejak saya tahun akhir universiti. Main sekejap dah boring.. Features PSP Go adalah seperti berikut:

  1. Faktor kecil- 3.8 widescreen dengan 43 peratus lebih ringan dari PSP3000.
  2. Storan- 16 GB memory terbina dalam dan juga memuatkan externel storan Memory Stick Micro Pro. Tiada UMD lagi seperti PSP 3000.
  3. Controls-macam PSP biasa
  4. Wireless-ada WiFi dan bluetooth
  5. Digital media support- photo,movie,lagu. Boleh download lg.
  6. Harga?Tak dapat dipastikan.

Update: Playstation Phone akan keluar tidak lama lagi?

Flying Car-Kenderaan masa hadapan

sportingpolicecamopolice2

Windows 7-peningkatan dan pembaikan daripada Vista

kredit-windows7news.com

kredit-windows7news.com

Aku tidak pernah install Vista mahupun Windows 7 beta.Tetapi, ini adalah sedikit info dari internet mengenai Windows 7 beta yang terbaru. Beberapa artikel yang aku baca, Windows 7 telah dipertingkatkan dari segi prestasinya jika dibandingkan dengan Windows Vista. Antaranya ialah

  • Increased parallel device initialization
  • Less data read from disk
  • Start Pearl / Sound changes
  • Many detailed optimizations and enhancements
kredit-windows7news.com

kredit-windows7news.com

Aku nak terjemah pun tak reti ayat dia atas takut takde sorang pun yang faham termasuk aku. Muahahaha :D.
Windows memory consumption telah diperbaiki dengan membuatkannya independent number of opening windows. Windows Vista akan jadi ‘hang’ jika new windows dibuka dengan banyaknya manakala Windows 7 masih steady and cool.windows7_power_consumption-400x212Jika Windows 7 diinstall pada laptop, ia kurang ‘makan’ bateri, lebih kurang sejam tahan lebih lama berbanding Windows Vista. Wallahua’lam. Apa yang penting, kita sendiri tak pernah produce OS sendiri. Jangan biarkan mereka monopoli. Kita perlukan hasilkan produk kita sendiri.

Kucing robot-keluaran Sega

JAPAN-TOY-SEGA

Kredit-cnet.com

Sega, sebuah syarikat yang terkenal dalam membangunkan permainan video mengeluarkan sebuah permainan kucing robot baru-namanya “Yume-Neko Venus” atau “Dream Cat Venus”. Kucing robot ni bukanlah seperti Doraemon yang kita sangkakan, ia lebih menyerupai binatang peliharaan. Ia dilengkapi dengan sensor sentuhan dan akan mengiau jika kita mengusap-usap badannya. Namun, aku lihat videonya dalam youtube, kelihatan sangat kaku. Pada aku, ciptaan Allah tetap tiada tandingannya. Aku suka lagi kucing yang betul.

WowWee Joebot and Roborover: Permainan 2009

WowWee, sebuah syarikat yang banyak menghasilkan permainan yang tidak mampu dimiliki oleh orang biasa, namun pengenalan produk syarikat ini selalunya tidak mengecewakan. Mungkin anda pernah mendengar Robosapien keluaran syarikat ini, robot permainan yang boleh menari dan berjalan seperti orang utan.

Pada Consumer Electronic Show(CES) di Las Vegas 8-11 Januari yang lalu, syarikat ini telah memperkenalkan beberapa produk hi-tech yang terbaru untuk tahun 2009. Antara yang menarik perhatian saya ialah Joebot dan Roborover.

joebot-roborover

Dari kiri: Joebot,Roborover

Joebot, sejenis robot yang boleh berjalan,bercakap dan berinteraksi dengan sifat jenaka dan menari. Pergerakannya agak pantas dan mempunyai beberapa mode. Antaranya bersiar-siar,mengawal,bercakap dan berlawan(Battle mode). Untuk battle mode sebagai contoh, dia akan berjalan-jalan sendiri dan memukul objek berdekatan.

Roborover, sejenis robot penjelajah yang boleh bercakap, dan menjelajah. Dia dilengkapi dengan sensors infra merah yang dapat mengesan objek penghalang dan sensor yang dapat mengesan yang dia dah terjatuh. Terdapat juga ciri tambahan yang tidak ada pada Joebot iaitu ‘Follow Me’ di mana dia dapat mengesan penggunanya berada di mana walaupun di dalam gelap.

Ini bukan cerita rekaan. Ini betul-betul. Nampak macam cerita sains fiksyen, tapi inilah realiti permulaan abad-21. Sudah tentu kanak-kanak zaman sekarang ni lebih beruntung. Memang cool la robot ni.

Robot dinasour-Pleo,bukan robot biasa

Membela binatang seperti kucing atau anjing satu perkara biasa. Membela binatang exotic seperti biawak,sesumpah,ular,skunk juga semakin popular. Tapi bagaimana dengan membela seekor dinasor?

Papa,nak makan!

Papa,nak makan!

Kini, dengan teknologi canggih serba moden,anda mampu membela seekor dinasor.Tapi bukan dinasor sebenarla. Tapi robot dinasor bernama Pleo.Pleo dilengkapi dengan bermacam-macam sensor yang menyebabkan ia boleh mendengar,melihat,merasa dan mengesan objek. Ia juga mampu membina personaliti tersendiri baik dari segi mood atau habit. Semuanya dibentuk melalui pengalaman kita bersama Pleo. Masa PC Fair ke 2 takpun yang pertama tahun lepas aku pernah nampak binatang ni. Harganya dalam RM1200-1500. Nampak macam robot biasa, rupanya biasa  baca fakta, ia bukan robot biasa.Keterangan lanjut bolehlah layari http://www.robotoys.com/st_prod.html?p_prodid=1947