Passion-Dari mana datangnya ghairah a.k.a passion

Dari segi konteks pekerjaan, passion merupakan kunci utama kejayaan dalam melakukan kerja. Tidak semua orang dapat bekerja dalam bidang yang dia minat. Namun apa yang menyebabkan kita passion?

1. Pekerjaan itu menyeronokkan
2. Pekerjaan itu satu hobi
3. Cabaran dalam melakukan sesuatu adalah menyeronokkan
4. Usaha kita mula membuahkan hasil. Sebagai contoh, dapat duit banyak atau dapat menimba ilmu yang menarik

Apa yang perlu kita buat supaya boleh jadi passion jika kita bekerja dalam bidang yang bukan passion kita?

1. Mencari ruang-ruang yang menyeronokkan yang ada dalam pekerjaan kita.
2. Mencari dan menjadikan seseorang dalam bidang kerja kita itu sebagai kita punya idola.
3. Menjadikan ilmu pengetahuan sebagai sumber keseronokan.
4. Berkongsi pengalaman yang menyeronokkan mengenai pekerjaan kita itu.
5. Memberi hadiah pada diri sendiri setiap kali ada pencapaian. Untuk ini, kita kena ada plan dan goal list.

Akhirnya aku menjadi pengguna Unifi

Setelah 2 tahun lebih menjadi pengguna broadband P1, akhirnya aku upgrade broadband aku kepada Unifi.Yeah..memang laju siut. Nak jadikan cerita, lepas raya puasa baru-baru ni, internet P1 aku down selama seminggu. Puas menelefon orang P1, orang call centre ni asyik suruh reset modem je. Aku pun naik angin la. Asyik reset je kerjanya. Jadi bermula dari situ aku mula berkira-kira nak guna Unifi.

Tapi masalahnya, Unifi ni bukan portable internet macam P1. Jadi apa yang perlu aku buat ialah data plan hanset. Maksudnya kalau nak pakai internet masa balik kampung, tethering guna hanset la. Selesai masalah di situ.

Lagipun aku perlukan Unifi supaya aku takde la balik lewat sangat siapkan kerja kat ofis.Boleh sambung kerja kat rumah kalau ada apa-apa isu.Buat masa ni ada tawaran free 55 channel untuk sebulan dalam HyppTV. Percuma installation. Selaku orang yang takde astro,dapatla tengok channel-channel baru. Buat masa ni aku ingat nak guna P1 lagi seminggu. Lepas tu baru terminate.

Cuma aku terfikir gak buat apa nak internet laju-laju? Internet laju ni boleh ke buat duit?Macam satu pembaziran, tapi rasanya ada keperluan. Hmm….

Serious project: For all muslim and who care about Palestinian

Marilah kita boikot produk Israel dengan bersungguh-sungguh..gi link sini..http://amin1982.wordpress.com/2009/01/09/boikot-barang-israel-usa/

Real Wall-e di DisneyLand


Real wall-e di DisneyLand. Memang cool…