Profile Facebook aku sudah bertukar

Aku telah membuat sedikit penyuntingan gambar dan hasilnya seperti yang anda lihat. Macam mana aku lakukan? Senang je nak buat profile kreatif macam ni.Boleh layari laman ni.

Bandaraya di atas air

Aisberg kini semakin mencair dan paras air laut semakin meningkat. Buktinya kita boleh lihat sekarang setiap tempat mengalami fenomena banjir. Yang terbaru sekali di Queensland, Australia, tempat kakak aku belajar. Bagi orang yang duduk di kawasan rendah, sudah tentu rasa tak selamat. Namun, sebuah firma arkitek iaitu Architect Vincent Callebaut telah datang dengan satu idea yang menarik iaitu konsept Lilypad, iaitu satu bandaraya yang terapung di lautan yang boleh menampung seramai 50,000 penduduk. Sekali tengok dah macam stadium da.

Diperbuat daripada plyster fibers disalut dengan titanium dioksida, dikatakan kota terapung ini mesra alam. Ia mempunyai tiga ‘bukit’ yang menunjukkan tiga tempat iaitu tempat bekerja,kedai dan tempat berhibur. Tempat tanaman berada di aras bawah laut. Hmm, kalau jadi la buat bandar ni, mampu ke orang biasa beli? Mesti mahal kan?

Kredit imej dari gizmag

Kreatif-Made In China

Seorang petani,Wu Yulu memandu rickshaw dengan robot berjalan buatan sendiri berhampiran rumahnya di sebuah kampung di pinggir Beijing

Seorang petani,Wu Yulu memandu rickshaw dengan robot berjalan buatan sendiri berhampiran rumahnya di sebuah kampung di pinggir Beijing

Eeee..benda ni pun wujud ke?

Fart silencer..itulah nama invention terbaru datang dari saintis mana  ntah dengan gelaran Big Chicken Mushroom. Alat pelik keluaran abad ke 21. Walaupun dapat melenyapkan bunyi tapi gagal melenyapkan baunya.

fartsilencer1

Kereta polis di Jerman

Mampukah polis Malaysia menjadikan smart car fro two sebagai kereta polis?Jawapannya: Toksah membazir…

small-car-by-2010

Padang bola beralun..mari kita main..

padang_pelik1
Biasanya kita tengok dan main bola di padang yang rata. Tapi bagaimana dengan padang ini?Bolehkah anda boleh bermain bola seperti biasa dengan skill yang ada?Mau tergolek dok.