Bolehkah orang yang zero jadi jutawan

Mengikut perkiraan aku, tiada orang yang bermula dengan RM kosong. Jika ada yang mendakwa dia memulakan perniagaan tanpa sebarang modal, percayalah dia seorang yang penipu. Aku fikir, macam mana sekalipun, mesti ada kos di sebalik perniagaan dia tu. Sebagai contoh, buat duit secara online. Memang tidak mustahil kita jual barang tanpa perlu beli stok, tapi kita perlukan internet, sebuah komputer atau pergi cybercafe dan bayar perjam. Itulah modal kita sebenarnya yang paling minimum.

Aku pernah dengar seorang pakar bisnes ni berkata, kalau nak dapat duit, kita kena keluar duit dulu. Tak kira duit itu untuk tujuan beli stok,promosi mahupun menambah ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan. Itu prinsip asas perniagaan. Tapi tak semestinya keluar duit lagi banyak, boleh jadi lebih kaya sebab sifir dia tak semudah itu.

Mungkin zero yang dimaksudkan di sini ialah orang biasa-biasa dan duit cukup-cukup makan dan tak banyak simpanan. Aku rasa kerja makan gaji ni senang sebab kita hanya perlu urus kerja yg dilakukan dan macam mana nak tingkatkan kemahiran. Tak perlu fikir hal-hal lebih rumit dan jatuh bangun syarikat (kalau syarikat tu stabil). Tapi boleh jadi susah sebab semuanya terikat dari segi masa, kerja, peraturan syarikat dan tiada kebebasan untuk bersantai-santai.

Macam mana pulak kerja sendiri? Ramai yang sangka kerja sendiri(self employed) ni seronok sebab BEBAS. Tapi sebenarnya sangatlah tak seronok sebab semuanya bergantung diri sendiri. Mungkin kalau kerja makan gaji, kita boleh buat malas dengan ambil MC tanpa ada kena potong gaji. Tapi kalau kerja sendiri, kalau malas langsung tak dapat apa-apa. Sakit-sakit pun terpaksa bekerja sebab takut rugi dan pendapatan kurang.

Advertisements

Belajar sendiri menyulam manik melalui video

Biasanya 2 bulan sebelum raya, kita akan tempah baju untuk persiapan raya. Lepas tu, nak kasi cantik, kita bubuh manik. Tapi masalahnya, menempah orang untuk menyulam manik pada baju kita sangat mahal. Kita boleh menjimatkan kos sekiranya kita boleh lakukannya dengan sendiri.

Bukannya susah pun kalau dah belajar. Kat sini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat di mana kita boleh belajar menjahit manik atau sulaman manik sekiranya kita tak ada masa nak datang training yang kosnya mungkin beratus-ratus.

Tidak kira apapun tujuan anda untuk belajar sulam manik ni, samada mahu jahit manik sendiri atau untuk buat bisnes menerima tempahan manik, video seni sulam manik ni sudah memadai untuk anda belajar dari zero ke expert!

senisulammanik.blogspot
Terdapat pelbagai pakej yang boleh anda pilih mengikut kemampuan poket anda tidak kira anda suri rumah mahupun bekerja. Selain video, pembeli pakej tertentu layak menyertai ‘close group’ di Facebook yang lebih advanced tutorialnya!

Bayangkan jika anda sudah mahir mempelajari jahit manik, senang-senang je anda boleh menerima tempahan jahit manik dan dapat menajana pendapatan sampingan beratus-ratus ringgit. Saya rasa inilah video sulam manik paling murah kalau nak banding nilai ilmu yang terkandung di dalamnya!

Klik di sini >>seni sulam manik

Susahnya mengubah pemikiran

Oleh kerana kebanyakan ahli keluarga termasuk sedara mara terdekat bekerja makan gaji, jadi untuk mengubah diri menjadi usahawan menjadi satu cabaran yang sangat hebat.

Ini kerana kita sendiri tiada contoh teladan yang hampir dengan kita. Bermula dengan memilih rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, dapat membantu kita dalam mengubah pemikiran.

Media sosial menjadi medan terbaik untuk kita untuk mendapatkan rakan-rakan yang sesuai dengan minat kita. Contohnya, jika kita ingin menjadi blogger, rakan-rakan dalam senarai media sosial juga haruslah ramai yang blogger.

Begitu juga dengan minat menjadi usahawan. Kalau kita memilih rakan-rakan yang bukan usahawan, ia kurang mendorong anda menjadi usahawan. Tapi jika anda bijak, rakan yang bukan usahawan ni berpotensi menjadi pembeli di kemudian hari.

Azam yang tinggi merupakan salah satu cara untuk mengubah pemikiran kita menjadi orang yang hebat. Jadi, tidak terlambat lagi sekiranya anda baru meletakkan azam tahun baru malah digalakkan anda memperbaharui azam anda setiap bulan, bukannya setiap tahun!

Meniru tak semestinya tak baik

Bila sebut meniru je, mesti rasa negatif lebih daripada positif. Ini kerana kita dah terbiasa dengan sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan yang melarang kita daripada meniru.

Tapi sebenarnya meniru ni ada positif dan negatif. Cerita pasal MENIRU CARA POSITIF ni, dalam Islam pun membenarkan kita meniru iaitu Meniru tingkah laku baik Rasulullah SAW, para sahabat dan alim ulamak mengikut zamannya.

Setiap orang mesti ada idola. Biasanya idola kita adalah orang yang berjaya. Bila kita melihat seseorang itu berjaya dalam apa jua bidang, apa yang kita perlu buat hanyalah meniru apa yang dia telah lakukan.

Sebagai contoh, masa zaman Rasulullah, oleh kerana para sahabat begitu ingin meniru perbuatan,percakapan Rasulullah yang menjadi idola mereka, mereka BERGURU dengan Rasulullah sendiri selain mengingati segala sabda dan perbuatan yang dikenali dalam Islam sebagai Sunnah Nabi. Dari situ mereka mendapat tips-tips bagaimana berjaya di dunia dan akhirat.

Contoh lain, 150 tahun dahulu, negara Jepun hanyalah negara biasa sahaja macam negara Asia lain, tidak seperti Britain,Eropah dan Amerika Syarikat yang giat menjalankan industri dan mencipta peralatan moden. Namun, selepas mengalami transformasi, rakyatnya mula meniru satu persatu apa yang dilakukan oleh negara Barat sehingga penciptaan kapal terbang perang yang telah mengejutkan kuasa besar ketika itu. Lama kelamaan, hasil peniruan itu dikembangkan menjadi lebih baik daripada barang yang ditiru menjadikan Jepun kini peneraju ekonomi dunia.

Begitu juga dengan kita. Jika mahu berjaya macam orang itu, kita kenalah BELAJAR apa yang dia telah buat. Katakan Gobala berjaya Membuat Duit Dari Rumah sahaja, dan kita juga teringin nak buat duit dari rumah, kenalah belajar dari Gobala. Secara tak langsung kita tiru dia apa dia buat bukan?

MENIRU CARA BIJAK adalah menghasilkan produk yang sama dengan kualiti dan penambahan elemen baru pada produk tersebut. Contohnya, anda boleh menghasilkan duit melalui Facebook dengan kos sangat rendah tapi memberi pulangan yang sangat lumayan berbanding TeknikFBO ni, mungkin anda boleh hasilkan produk informasi teknik pemasaran Facebook yang lebih baik daripada TeknikFBO.

Jadi, jika kita mahu berjaya dalam bidang tertentu, FOKUS pada individu atau organisasi yang telah berjaya, penuhi ILMU di dada dan LAKSANAKAN apa yang telah kita belajar daripada mereka.

Pahit manis sepanjang 2012

Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah sampai hujung tahun 2012. Tahun ni tahun yang ok bagi aku sebab takde perkara yang teruk2 berlaku. Semuanya ok. Beberapa peristiwa berlaku tahun ni. Antaranya

  • Adik aku berkonvo dan dah start kerja jadi cikgu sekolah swasta. Dia masih single dan available buat masa ni. Hehehe.
  • Adik ipar aku – Hilmi kahwin dengan anak Tan Sri tuu. Dr.Mahathir datang sebagai tetamu. Merasala makan nasi minyak si Hilmi ni. Murah rezeki dia.
  • Bapa mentua aku belikan tablet untuk anak aku. Pada satu hari, anak aku pergi campak sampai pecah skrin. Tablet ayah mentua aku juga pecah sebab anak aku. Aku pergi repair kat Lowyat.
  • Paling best sekali, anak aku pergi reset smartphone aku dan kakak ipar aku. Habis semua apps dan maklumat dalam phone.
  • Isteri berjaya menjual video sulam maniknya. Banyak ilmu yang dikongsinya dalam video tu dan harganya sangatlah murah kalau nak dibandingkan jumlah chapter dalam pakej sulam maniknya tu. Aku ingat nak majukan dia punya produk tu.

Pencapaian 2012

  • Aku beli laptop baru yang cantik menarik. Jenama Dell. Asalnya nak beli laptop kosong, open source OS macam Ubuntu. Tapi takde. So, Windows 7 pun Windows la. Namun, aku tetap suka PC aku sebab skrin besar 22 inci dan bunyi tak bising.
  • Buat pertama kalinya aku memakai smartphone walaupun aku menulis banyak cerita pasal smartphone di blog aku. Second hand je. Tapi sungguh bermanfaat. Tidak sekadar untuk hiburan semata-mata. Sejak tu, anak aku pun sibuk nak main, last-last beli tablet murah untuk dia main.
  • Blog aku,Jomsurf.com sentiasa meningkat trafiknya setiap bulan/setiap minggu sehingga kini,lima angka pageviewnya. Dua tahun sudah. Dah ketagih kalau tak tulis blog.
  • Aku mula terjebak dalam dunia Internet Marketing semenjak mengikuti Seminar ni, tapi belum betul-betul serius.
  • Dapat anak-baby perempuan yang lahir 22 Nov 2012. Yey! Sumaiyah nama diberi. Sungguh comel! Satu pencapaian!Hahaha.
  • Buat pertama kalinya dapat komisen hasil affiliate-rahsia rumah. Hahaha. Jadila walaupun baru satu terjual. Terima kasih! Ini membuktikan apa yang mereka (Internet Marketer) kata tu bukan omong-omong kosong. Cuma aku je belum betul-betul serius.

Kegagalan/Dugaan
Tahun ni kurang dugaannya dan kegagalan berbanding tahun lepas. Alhamdulillah. Namun, ada juga yang tak tercapai.

  • Selalu balik malam sebab projek makin susah dan kritikal.
  • Aku ada join program ni, tapi masih pending bayarannya sebab tak cukup duit. Riban kosnya, mana nak cari?
  • Komisen nuffnang seciput je. Hmm,nampaknya kena cari advert lain ni.

Azam 2013
Banyak hutang aku clear tahun 2013. Yes! Akhirnya aku akan bebas kewangan sedikit tahun ni. Alhamdulillah. Lebihan kewangan tu perlulah dirancang sebaik mungkin. Tak nak menambah hutang lagi. Apa yang aku perlu aku usahakan ialah

  • Menggunakan segala sumber kewangan yang ada untuk memajukan blog aku.
  • Mencari sumber pendapatan pasif.
  • Mencari ilmu tambahan untuk memajukan diri.
  • Membayar pinjaman pendidikan. Hehehe.
  • Melabur apa yang patut
  • Repair kereta Kancil-sian si Merah.
  • Mencari kerja baru, berpendapatan tinggi at least 36% daripada gaji aku sekarang dan juga bonus yang masyuk. Tak kisahla kerja baru teruk ke, sekarang ni pun kerja teruk. Selalu balik malam.
  • Dapat bonus nak clear hutang kad kredit aku! Makin bertambah lak sejak akhir-akhir ni.

Elakkan kesilapan remeh temeh dalam memberi servis kepada pelanggan

Hari ni aku pergi ke Pusat Servis Proton untuk menghantar kereta aku servis 20Km. Pada tahap ni, kereta aku perlu melalui major servis. Semasa aku datang ke tempat servis pada pukul 10.45 pagi, orang yang jaga kaunter servis tu kata kereta aku tiada dalam senarai menunggu untuk servis.

Aku pelik sebab isteri aku telah booking dah untuk servis. Oleh kerana major servis, dah tentu aku terpaksa menunggu lama. Jadi, aku cakap kat mamat yang jaga kaunter servis tu aku tinggalkan kereta. Terus aku telefon bapa mentua aku suruh ambik aku kat pusat servis proton.

Sementara tu, isteri aku telefon proton servis tu untuk aambik tahu booking hari tu betul-betul dicatat atau tak. Rupanya ia telah dicatat pada tarikh yang salah. Malah, nombor pendaftaran kereta juga salah.

Dah banyak kali aku dan isteri booking servis kereta proton melalui telefon, mesti booking tu tak dimasukkan dalam senarai. Aku pun tak faham kenapa kita sebagai pelanggan yang kena selalu pastikan booking tu, sepatutnya peniagalah kan. Aku dah bosan dah, selalu kena begini. Perodua tak pernah lak jadi begini lagi.

Pengajaran:

  • Setiap tempahan pelanggan hendaklah dicatat dengan tepat dan betul.
  • Setiap aduan pelanggan kena ambik berat dan diambil tindakan sewajarnya.
  • Seboleh-bolehnya elakkan kesilapan remeh-temeh. Peringatan untuk aku jugak.