Jom belajar komputer dan internet di Jomsurf

Jom kita ke sana…Jomsurf
Jomsurf

senisulammanik.blogspot

Pahit manis sepanjang 2021

Pada awal tahun 2021, aku mula meneroka bidang-bidang tertentu seperti hartanah dan saham. Pada awal tahun sepatutnya aku dengan famili pergi ke Langkawi namun PKP pula pada sehari sebelum bertolaknya kami ke sana. Segala persiapan telah dilakukan seperti hotel dan kereta sewa namun apakan daya, takdir menentukan.

Seperti tahun 2020, aku masih lagi work from home sehinggalah habis tahun 2021. Tidak banyak beza tugasan diberikan berbanding tahun sebelumnya. Awal tahun aku rajin monitor saham-saham, try main guna dummy account, explore teknik-teknik permainan saham namun lama kelamaan aku rasa saham ni memang meletihkan dan susah nak buat duit terutama saham di Malaysia yang memang memeningkan. Tapi kalau berDUIT dan berguru, insyaAllah boleh.

Lepas tu aku juga explore programming seperti Python, Javascript dan HTML-CSS sebagai azam tahun 2021. Tapi tak habis juga study semua tu.hahaha. Tahun 2021 ni tahun paling malas aku rasa nak buat kerja sebab PKP yang berbulan-bulan lepas kes Covid19 yang meningkat dan menakutkan. Masa awal-awal pendaftaran cucuk vaksin, aku dah register dah. Jadi dapatlah cucuk awal Julai di kala kes Covid 19 yang horror boleh kata mati beratus-ratus orang sehari. Aku dapat booster pada pertengahan Disember 2021.

Tahun 2021 juga tahun kita dapatla some amount of money daripada KWSP. Memang berguna jugalah untuk orang yang tak dapat bonus macam aku ni. Sebab dengan duit tu, aku dapatla buat perubahan kat dapur yang dulunya buruk,sekarang dah cantik dan bersih, dapat buat stor elok2 dalam bilik, servis kereta aku yang macam-macam ragam. Dekat 2 ribu gak ganti spare part untuk kereta je. Selain tu, bolehla modal untuk anak masuk sekolah tahun baru. Tu pun makan ribu gak. Selain tu, duit KWSP tu bolehlah buat backup untuk kecemasan macam anak aku masuk hospital bulan November.

Tahun 2021 juga aku tak rasa nak tukar kerja sebab mungkin selesa work from home dan tugasan yang ada sekarang. Lagi pun masa last quarter, wife pun dah mula buat dropship jadi kita tengok jela progress. Ada peningkatan dan perubahan yang baik perniagaannya, jadi aku rasa 2022 pun aku tak jadila tukar kerja. Huhuhu. Mungkinla aku nak ambil certificate berkaitan dengan data sains. Mungkinla. Aku fikir kalau aku sambung belajar, lebih baik perbaiki skill yang ada atau tambah ilmu baru yang terkini.

Tahun 2021 juga buat pertama kali beraya di KL yo. Bukan di Sungai Merab macam tahun sebelumnya. Disebabkan PKP tak boleh merentas daerah, kitorang tidur hotel berdekatan KLCC dan dapatla bergambar di tengah-tengah KLCC tu time raya. Begitulah raya kitorang. Selain tu, aku dengan famili pergi bercuti di resort dekat Changkat Jong, Perak dan juga di Sungai Besar, Selangor. Kalau ikutkan, pertama kali bawa famili pergi mall masa Krismas, ajak main bowling kat Gurney Mall.

Tahun 2021 juga tak banyak aktiviti larian aku berbanding 2020 sebabnya aku rasa macam tak semangat terutama quarter terakhir 2021. Tapi masa Disember hari tu aku main badminton dengan sahabat sekolah menengah. Jadi tahun 2022 ni ada semangat sikit nak fit kan badan at least.

Tahun 2021 tahun anak aku yang sulung ambil peperiksaan UPKK(MPKAFA). Resultnya alhamdulillah cemerlang. Banyaklah cabarannya disebabkan belajar dari rumah, tuisyen pun dari rumah tapi peperiksaan ni mengajar murid-murid berdisiplin bab belajar, fokus dan bermatlamat. Cuma aku tak faham kenapa banyak sangat peperiksaan kat Malaysia ni. Sebagai contoh, untuk peperiksaan agama peringkat rendah, ada UPKK, tapi peringkat negeri pun ada PSRA lepas tu nak masuk sekolah agama tu pun jawab periksa lagi. Yang lebih mustahak, ilmu yang dipelajari boleh dimanfaatkan sepanjang hayat macam ujian KAFA tu.

Pentingnya Impian Besar dan Matlamat

Masa aku terpaksa ambik exam Azure Developer Associate hujung tahun 2020 lepas, aku struggle boleh dikatakan tiap-tiap hari lepas kerja, aku study untuk exam. Selama sebulan aku prepare, aku berjaya lulus exam tu. Ini membuatkan aku sedar satu perkara iaitu matlamat. Matlamat untuk lulus exam tersebut yang menggerakkan usaha aku untuk belajar.

Masa aku darjah 5, aku secara tak sengaja dapat nombor 2 dalam ujian pertengahan tahun. Masa tu nombor 1 adalah kawan aku Sikh yang baru pindah masuk sekolah dari Sekolah St. Anthony. Walaupun dia nakal sikit tapi dia ni bijak. Start dari situ aku sedar yang aku hanya perlukan sedikit usaha untuk capai kedudukan nombor 1 dan usaha tu berhasil pada ujian akhir tahun.

Masa darjah 6, disebabkan peperiksaan UPSR tahun tu, aku dah target siap-siap nak dapat straight A macam abang dan kakak aku. Jadi setiap hari aku akan buat latihan UPSR. Boleh dikatakan hampir semua jenis penerbit aku dah khatam tulis jawapan latih tubi. Aku tak target sekolah SBP pun masa tu sebab sedar kena bersaing dengan murid seluruh Malaysia beb. At least Top 3800 jika setiap sekolah SBP ambil 100 orang pelajar tingkatan 1 dengan anggaran 35-38 buah sekolah SBP. Dan target straight A tercapai.

Walaupun ada beberapa siri kekecewaan dan kegagalan masa sekolah menengah dan universiti namun sekurang-kurangnya kita ada target setiap perkara yang kita lakukan dan menghampirinya. Kalau aku takde target, kemungkinan usaha tu langsung takde. Aku pegi main bola, pegi cybercafe ke, main game, baca komik atau buat perkara-perkara lagha. Ibarat belayar tanpa arah.

Aku cuba terap pentingnya matlamat dan impian dalam pemikiran anak-anak aku supaya mereka ada usaha dalam melakukan sesuatu dan yang penting bila usaha dah mula nampakkan hasil kita ingatkan mereka kembali nasihat sebelum tu yang semuanya bermula susah tapi akan jadi mudah bila kita berusaha dan rajin. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Melentur buluh biar dari rebungnya.

Tidak ada pencapaian yang membanggakan sejak aku graduate. Cuma aku teringat pesanan kalau nak berjaya kena ada matlamat, dikelilingi orang yang positif dan berjaya dan jauhi perkara-perkara negatif. Sekiranya nak dapatkan hasil luar biasa, tindakan juga kena luar biasa dan pantas. Aku bukanlah orang yang layak cerita tentang kejayaan tapi at least pastikan dalam hidup, ada kejayaan kecil yang berlaku supaya kejayaan ni boleh jadi sumber motivasi untuk melakukan sesuatu.

Menyimpan duit vs Menghasilkan duit. Mana lebih penting?

Menyimpan duit ni satu skill yang perlu diterapkan sejak sekolah. Ia merupakan teknik mudah bagi orang kebanyakan, makan gaji dan pelajar atau murid yang terima duit daripada ibu bapa. Antara cara yang diterapkan ialah ada duit lebih atau terima duit raya daripada saudara mara, simpan dalam tabung. Aku dari kecik lagi memang rajin menyimpan duit belanja sekolah dalam tabung. Tapi bukanla nak menyimpan sangat pun tapi nak beli komik.Haha. Itu cerita zaman sekolah.

Namun, bila aku membesar, aku rasa menyimpan saja tak cukup. Sebab selama aku menyimpan terutama masa di universiti, aku hanya berjaya simpan dan lama-lama duit tu habis dipakai. Aku beli komputer la, cd la, makanan, repair motor kalau rosak dan lain-lain. Lagipun nilai duit makin menyusut dan barang makin mahal. Jadi, aku rasa skill yang tidak kurang pentingnya pada masa kini ialah cara menghasilkan duit.

Cara paling cepat menghasilkan duit ialah beli dan jual barang yakni berniaga. Sekarang ni macam-macam cara boleh tanpa modal. Dropship contohnya. Dengan bantuan teknologi seperti media sosial, proses berjualbeli dipermudahkan. Ada juga yang guna youtube,blog atau video streamer untuk dapatkan duit dari penaja.

Dulu-dulu masa aku sekolah dan di universiti takde benda2 dropship, youtuber dan instafamous ni. Yang jenis entreprenuership ni biasanya jual roti sosej,nasi lemak,karipap ayam kat kolej-kolej pada waktu malam. Ada tu yang masuk MLM. Aku pernahla jugak berniaga dengan kawan-kawan servis beli barang komputer dan pasangkan. Ada tu jaga Cybercafe kolej kutip duit. Paling awal buat duit online masa tu aku dengar ialah buat blog dapat duit daripada adsense masa nak grad. Lagipun masa zaman belajar dulu aku ni jenis obses terhadap skill-skill teknikal ni, jadi tak amik port sangat bab niaga ni.

Pada orang yang menghadapi masalah kewangan, skill yang penting bagi kita ialah menghasilkan duit. Bukan menyimpan. Biasanya berniagala jalannya. Jual apa sahaja yang modalnya tak berapa banyak. aku ada jumpa orang ni jual keropok ikan popo yang gambar baby tu kat stesen minyak. Modalnya kecil, namun untungnya pun kecil. Namun lama kelamaan barang yang dijualnya makin banyak, dan ada makanan ringan lain yang turut dijual. Berkat kesabaran, nampakla ia berkembang. Sekarang ni niaga tanpa modal tidak lagi mustahil. Yang boleh buat duit cepat. Survive dulu then baru berkembang dan start menyimpan.

Jadi,dua skill menyimpan dan menggandakan duit saling melengkapi kerana kalau pandai menyimpan tapi tak berduit sangat, sembangla teknik menyimpan apa pun tetap tak berduit sebab tiap-tiap bulan kita ibarat lemas disebabkan kos sara hidup yang tinggi. Kalau gaji RM 1500 lepas tu tolak sana sini, mungkin ada jumlah yang kita berjaya simpan tapi life kita macam mana? Enjoy? Tapi kalau pandai menghasilkan duit pun tapi tak tahu menyimpan, ibarat isi air dalam tong bocor. Bila tiba masa krisis, terus terduduk. Bangkrup dan terhutang. Apapun pilihan di tangan sendiri.

Raya 2020 yang serba berlainan

Raya tahun 2020 kali tidak sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Sebab Covid-19 yang merebak di seluruh dunia, pergerakan telah dikawal sepenuhnya untuk mengelak jangkitan virus yang membawa maut itu. Tahun ni saya dan keluarga berada di Kuala Lumpur tidak dapat pulang ke Kuantan dan Teluk Intan sebab kerajaan melarang individu merentas negeri (PKPB).

Jadi kita beraya di Sungai Merab je la. Walaupun sederhana namun tetap meriah sebab adanya adik ipar dan kakak ipar datang beraya. Kejadian puasa dan raya kali mungkin berlaku seumur hidup kita kerana kita bertarawih di rumah semata-mata (kecuali orang yang memang tak ke masjid), solat raya dan berkhutbah sendiri di rumah masing-masing. Beraya pun melalui video call untuk hubungi keluarga.

Aktiviti raya kali ni main mercun pop-pop, bunga api, memanah di belakang rumah, makan kuih raya sendiri dan menonton tv. Tiada kunjung-mengunjung dan menerima tetamu. So, duit raya anak pun kurangla tahun ni. Haha. Disebabkan ramai yang stay kat Lembah Klang ni, jalan raya tidaklah lengang seperti tahun-tahun sebelumnya. Sebelum raya, orang beratur di kedai-kedai runcit dan pasar-pasar mengikut SOP, memang leceh sebab queue sangat panjang. Kalau plan last minit nak beli barang keperluan memang peningla. Dalam masa sama rasa takut dijangkiti virus Covid-19.

Apapun raya kali ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila.Harapnya Covid-19 ni reda menjelang tahun depan dan kita semua boleh bertarawih di masjid dan beraya seperti seperti sedia kala.

 

Selamat tinggal 2019, Selamat datang 2020

Di saat aku menulis ini, kita sedang menghampiri tahun 2020 di mana semasa aku kecil dahulu sekitar 1991, PM kita dulu iaitu PM yang sekarang ini Dr Mahathir telah menggagaskan wawasan 2020, satu cita-cita negara menjadi maju pada tahun 2020.

Alhamdulillah aku masih lagi dapat menikmati kehidupan dan diberi peluang untuk beramal dan berbakti walaupun wawasan 2020 jauh dari apa yang dibayangkan sewaktu kecil dahulu.

Pencapaian aku pada tahun ni tidaklah seberapa namun aku harap adanya sinar kemajuan di masa hadapan.

Pada tahun ini 2019, aku masih lagi kerja di syarikat carigali minyak nasional yang sudah pun masuk hampir setahun lebih mengerjakan projek sistem yang sudah pun go-live pada September lalu.

Aku sudah kembali mendapat rentak ilmu kemahiran yang hilang buat seketika dahulu dan kini masih menuntut dan mengasah bakat terpendam.

Tahun 2020 merupakan tahun baru untuk aku kerana masuk projek baru, kerja baru, mungkin skill baru. Keadaan ekonomi yang kian mencabar juga mencabar minda kita untuk meningkatkan ekonomi dan kewangan yang lebih baik.

Selamat tahun baru 2020!

 

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan